AntarabangsaIsu Semasa

Operasi Ketenteraan Filipina Ragut Nyawa Ketua Militan Maute

Ujian DNA mengesahkan bahawa seorang ketua Maute, iaitu kumpulan pengganas yang bersumpah taat setia dengan IS,telah terbunuh dalam sebuah operasi ketenteraan pada bulan lepas.

Ketua militan yang maut itu dikenali sebagai Abu Dar, dan dia adalah salah seorang daripada beberapa anggota pengganas yang terbunuh di bandar Tubaran di selatan Filipina.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata bahawa ujian DNA yang telah dilaksanakan mengesahkan kematian Abu Dar.

Justeru, Lorenzana berkata bahawa Maute tidak mempunyai ketua buat masa ini, dan pihak berkuasa sedang “memantau” siapa yang akan mengambil alih kedudukannya.

Memetik laporan CNN, Abu Dar dilantik menjadi ketua kumpulan itu selepas dua pemimpin terdahulu terbunuh dalam pertempuran di Marawi pada tahun 2017.

Kedua-dua militan yang terkorban itu dikenali sebagai Isnilon Hapilon, di mana diisytiharkan sebagai ketua kumpulan pengganas di Asia Tenggara, dan Omar Maute, ketua kepada Maute yang telah bersumpah taat setia dengan IS.

Abu Dar juga dilaporkan muncul dalam sebuah video yang memaparkan “sesi perancangan” mereka, yang dipercayai bertujuan untuk menakluk Marawi.

Dalam video tersebut, Abu Dar dilihat berdiri di sebelah Hapilon dan Omar.

Konflik di Marawi menyaksikan pertempuran bersenjata di antara militan Maute dan pasukan keselamatan Filipina selama tempoh lima bulan.

Sepanjang insiden itu, seramai 87 penduduk awam, 854 militan dan 163 tentera terkorban, manakala lebih 1,400 orang lagi pula mengalami kecederaan.

Peristiwa tersebut juga menyebabkan lebih daripada 350,000 penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa melarikan diri jauh dari kawasan itu.

Bandar Marawi berjaya dibebaskan oleh tentera daripada cengkaman pengganas pada bulan Oktober 2017.

Susulan pertempuran Marawi, Komander Tentera, Kolonel Rome Brawner menyatakan bahawa Abu Dar mula merekrut dan melatih pejuang-pejuang baru.

“Dia juga merekrut dan melatih mereka yang kehilangan anggota keluarga dan saudara mara ketika pertempuran itu.

“Tetapi mereka tidak boleh meneruskannya kerana sekarang, Abu Dar sudah mati dan serpihan, pengikut, dan penyokong mereka sudah menyerah diri kepada tentera dan kini ada bersama kami sekarang,” ujar Brawner.

 

Sumber: CNN

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker