Isu SemasaTempatan

Apakah Cara Terbaik Untuk Menangani Masalah Ponteng Sekolah?

Pada tahun lalu, Menteri Pendidikan memberitahu Parlimen bahawa kebanyakan kes yang diberi amaran yang memungkinkan mereka untuk dibuang sekolah ialah kerana ponteng sekolah.

Kes ponteng sekolah ini melibatkan tidak hadir untuk 30 hari berturut-turut atau 60 hari dalam setahun apabila dijumlahkan.

Oleh sebab ini juga terdapat beberapa langkah yang diambil oleh beberapa sekolah untuk menangani masalah ini.

Menurut TheStar, dari Januari tahun ini terdapat langkah untuk menangani masalah ponteng dengan menggunakan teknologi dan kempen berterusan.

Pada 14 Januari 2019,

SMK Bawang Asan di Sibu, Sarawak telah mendapat kedatangan 96% dari kalangan 304 pelajar yang mengikuti kempen sifar ponteng.

Melalui kempen ini cikgu akan mengajar anak murid mereka tentang kesan yang akan dihadapi jika ponteng sekolah dan kepentingan untuk mengikuti setiap mata pelajaran di sekolah.

Pada 16 Januari 2019,

SM Bandar Tenggara menjadi sekolah pertama di Johor untuk menggunakan sistem biometrik jari untuk menangani masalah ponteng dikalangan pelajar.

Pada 13 Februari 2019,

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menggalakkan guru-guru untuk mengambil ‘Modul Perhimpunan 10 minit’ untuk menjadikan perhimpunan mereka lebih menarik. Ia sebuah modul yang memasukkan aktiviti seperti seni dan kraf tangan.

Modul ini digunakan oleh 253 sekolah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017. Dalam masa enam bulan ia dilaksanakan, terdapat beberapa sekolah yang menunjukkan tanda positif dengan pengurangan kadar anak murid ponteng.

Pada 19 Februari 2019,

Dilaporkan ponteng yang dikaitkan dengan buli, merokok dan menghidu gam merupakan isu utama masalah disiplin di Negeri Sembilan tetapi pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani masalah tersebut dengan program “Jom Ke Sekolah” – sebuah program yang mendapat kerjasama dengan pihak polis.

Pada 31 Mac 2019,

SMK Seri Kembangan memperkenalkan sebuah sistem interaksi di sekolah dengan mendirikan  aplikasi untuk menyemak kedatangan dan disiplin pelajar mereka.

Melalui aplikasi ini, setelah cikgu mengambil kedatangan pelajar, mesej akan dihantar ke ibubapa untuk memaklumkan kehadiran anak mereka ke sekolah.

Informasi tentang pelajar pula disimpan dalam sebuah ‘Cloud’ yang boleh diakses oleh para guru untuk memberi merit atau demerit kepada pelajar mereka.

Kementerian Pendidikan melihat terdapat empat faktor yang menyumbang kepada kes ponteng sekolah.

1. Pelajar

Para pelajar ini sendiri memiliki perasaan negatif terhadap sekolah. Mereka tidak mempunyai kemahuan untuk belajar atau memiliki sifat rendah diri. Ada yang tidak mempunyai cita-cita, tidak memiliki harga diri, keyakinan dan motivasi untuk belajar. Akan tetapi terdapat juga pelajar yang lebih gemar untuk melalui sekolah yang menitik beratkan latihan dan vokasional.

2. Keluarga

Kemiskinan dan masalah rumah tangga sering menjadi masalah untuk pelajar. Ada yang terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan ada yang harus menjaga atau merawat orang yang sakit dirumah. Tetapi ia adalah lebih rumit jika ibubapa mereka sendiri tidak menitikberatkan pendidikan di kalangan anak mereka.

3. Rakan sebaya

Akibat salah gaul, terdapat pelajar yang terikut-ikut dengan rakan yang suka ponteng sekolah.

Dengan itu terdapat dua program yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk menangani masalah ini.

 

1. Ziarah Cakna

Program ini ialah di mana pihak sekolah akan mengunjungi rumah murid untuk memastikan mereka tidak meninggalkan sistem pendidikan.

Dalam kes ponteng sekolah, usaha telah dilakukan untuk mengenal pasti sebab mereka melakukannya.

Selain itu program ini juga mempromosikan disiplin dan pembangunan diri.

Namun lawatan ke rumah pelajar harus mendapat kelulusan daripada pengetua sekolah terlebih dahulu.

2. Guru Penyayang

Sejak 2012, sekolah-sekolah menitikberatkan sifat penyayang para guru apabila berada di luar bilik darjah. Para guru di bawah program ini harus menunjukkan sifat peduli murid mereka dengan menunjukkan sifat kasih, ramah, sopan, menghormati, sabar dan ceria. Aktiviti utama program ini ialah untuk membuat para pelajar rasa dihargai dan diterima dan menjadi titik permulaan program mentor-mentee.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker