Gaya HidupKecantikan

Siapa Kata Saintis Wanita Tak Boleh Pakai ‘Makeup’?

Untuk memberi inspirasi kepada saintis muda atau belia perempuan yang berinspirasi untuk menjadi seorang saintis pada masa akan datang, Dr Margaret Sivapragasam telah mengadakan hashtag #scientistcanwearmakeup di media sosial.

“Saya memulakan hashtag ini dengan harapan ia boleh memberi inspirasi kepada belia perempuan diluar sana untuk sentiasa menjadi diri mereka sendiri. Biarlah personaliti diri anda menyinar dan sedikit ‘sass’ tidak akan menyakitkan!,” katanya.

 

Dikritik Kerana Pakai Makeup Di Makmal

Ini kerana kebanyakan saintis wanita di negara Asia sentiasa diselubung dengan persepsi konservatif terutamanya penampilan dan bawaan diri.

“Saya sendiri telah mendapat pelbagai kritikan tentang penampilan diri dengan mengatakan memakai ‘make-up’ adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk dipakai di dalam makmal,” cerita Dr Margaret.

Namun beliau merasakan wanita perlulah mempunyai kebebasan untuk mamakai pakaian yang mereka suka tanpa dihakimi.

 

Satu-satunya Orang Malaysia Dipilih

Sumber Imej : twitter.com

Dr. Margaret merupakan orang Malaysia pertama yang dipilih oleh International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) untuk dinamakan di atas Jadual Berkala Ahli Kimia Muda.

Dr Margaret yang kini merupakan saintis postdoctoral di Universiti Teknologi Petronas telah dipilih untuk mewakili ytterbium (Yb), unsur kimia ke-70 dalam jadual berkala berkata ibunya yang telah mendorong dirinya untuk menyukai sains dari usia muda.

Walaupun beliau berada dalam industri yang lebih menyokong kaum lelaki, beliauberharap pencapaiannya dapat memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk percaya pada diri mereka sendiri di samping terus berusaha untuk mencapai cita-cita.

 

Diiktiraf Saintis Kimia Terkemuka Dunia

Jadual Berkala Ahli Kimia Muda ini diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-100 IUPAC dan sambutan hari kebangsaan jadual berkala pada tahun lalu.

Setiap unsur di dalam jadual berkala itu akan mewakili 118 saintis termuda dan terkemuka dari serata dunia.

“Kita memerlukan ramai wanita dalam bidang sains untuk mengadakan inovasi saintifik dan yang lebih penting ialah menangani cabaran global,” kata Dr Margaret kepada TheStar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker