AntarabangsaIsu Semasa

Rejim Zionis Ubah Masjid Bersejarah Palestin Menjadi Kelab Malam

Baru-baru ini, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah mengubah sebuah masjid bersejarah di bandar Safed, utara Palestin menjadi kelab malam dan dewan majlis perkahwinan.

Difahamkan, permohonan perubahan berkenaan telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Israel di Safed.

Masjid yang dikenali sebagai Al-Ahmar itu merupakan telah wujud sejak abad ke-13 lagi, dan ia mula diceroboh oleh rejim Zionis pada tahun 1948.

Zionis kemudian menukar namanya kepada Khan Al Ahmar.

“Saya amat terkejut apabila saya ternampak unsur-unsur ‘sabotaj’ di dalam masjid itu,” kata Khair Tabari, setiausaha di sebuah agensi amal Islamik.

Selepas ditakluk oleh Zionis, masjid tersebut pada asalnya dijadikan sebagai sekolah Yahudi.

Pada tahun 2006 pula, ia diubah menjadi pejabat pilihan raya untuk sebuah parti politik Israel, Kadima, kemudian dijadikan sebagai gudang pakaian, dan kini menjadi kelab malam dan dewan perkahwinan.

Walau bagaimanapun, seorang ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas mendedahkan bahawa masjid itu turut terbuka digunakan untuk hampir semua majlis atau acara, namun melarang penduduk Muslim untuk solat menunaikan solat di sana.

“Masjid Al-Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu merah. Hari ini, ia digunakan dalam pelbagai cara, kecuali sebagai tempat solat untuk orang Islam.

“Orang Islam yang melawat masjid itu juga berdepan serangan daripada pendatang Yahudi,” ujar beliau.

 

Tambah Mustafa, masjid ini juga mempunyai nilai sejarah dan sebina yang “jarang dijumpai” memandangkan ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar pada sekitar 1223-1277 Sebelum Masihi.

Pihak berkuasa Israel didakwa telah menceroboh tapak-tapak Islamik di seluruh wilayah Palestin dengan tujuan untuk menghapuskan identiti mereka.

Bukan itu sahaja, malah tentera rejim itu juga telah berulang kali menceroboh Masjid Al-Aqsa yang merupakan kawasan ketiga yang paling suci dalam Islam.

“Yahudi telah mengubah kebanyakan masjid di Palestin, terutamanya di bandar-bandar dan kampung-kampung yang menyaksikan penduduk tempatan dipaksa meninggalkan (kawasan mereka) dan kemudia diduduki oleh Yahudi, yang menghalau penduduk Islam dan Kristian.

“Mereka (Yahudi) juga telah mengubah banyak tapak ini menjadi kelab malam, meletupkan sesetengah (tapak) dan menjadikan tapak lain sebagai pusat ibadat Yahudi,” ujar Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Yusuf Adais.

Sumber: Gulf News, Middle East Monitor

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker