SukanTeknologi

Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge Kembali Untuk Musim Ke-2

Moonton sekali lagi mengumumkan Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge (MDC) buat musim ke-2.

Dengan kerjasama MET Malaysia, ia merupakan kejohanan rasmi Mobile Legends yang menyasarkan pemain amatur dan separa-profesional Malaysia dan Singapura dalam usaha mengukil bakat muda untuk bermain di pentas besar secara profesional.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak AS$ 3,200 (RM13,000) dan lebih AS$1,000 (RM4,100) nilai barangan dalam permainan untuk dimenangi.

Juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$1,500 (RM6,100) dan barangan dalam permainan bernilai AS$430 (RM1,700).

MDC Musim Ke-2 ini akan bermula dengan pusingan kelayakan secara talian dimana ia akan melibatkan perlawanan 512 pasukan dari Malaysia dan Singapura bermula 20 hingga 25 April 2019.

8 pasukan terbaik di pusingan kelayakan seterusnya akan bertanding di pusingan playoffs pada 26 April dan pusingan akhir akan diadakan keesokannya.

Pendaftaran                                    : 1 April – 14 April 2019 (Online)
Pusingan Kelayakan                       : 20 April – 25 April 2019 (Online)
Playoffs                                          : 26 April 2019 (Online)
Grand Finals (Pusingan Akhir)    : 27 April 2019 (Online)

Kesemua perlawanan akan diadakan secara talian dan ia akan di-strim secara langsung di laman Facebook Mobile Legends Bang Bang.

Untuk maklumat terkini kejohanan anda boleh melayari:
Mobile Legends: Bang Bang’s Facebook page: https://www.facebook.com/mobilelegendsgame/
MET Malaysia’s Facebook page: www.facebook.com/METEsportsMY

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker