Isu SemasaTempatan

Malaysia Akan Bergantung Kepada Rusia Untuk Tingkatkan Penjualan Minyak Sawit?

Malaysia dilaporkan akan bergantung kepada Rusia untuk meningkatkan penjualan komiditi utamanya, iaitu minyak sawit.

Memetik laporan New Straits Times (NST), Malaysia juga amat berminat untuk melakukan tukar ganti (trade-off) bernilai berbilion dolar dari segi perolehan pertahanan dan keselamatan termasuk pesawat, senjata, dan perisian ketenteraan.

Difahamkan, langkah ini bertujuan untuk mengkaji permintaan harga dan permintaan global minyak sawit Malaysia yang semakin merosot, di mana ia turut menjejaskan kewangan negara dan menyebabkan ketidakseimbangan perdagangan.

Dalam usaha meningkatkan penjualan minyak sawit, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dijadualkan untuk mengadakan lawatan berprofil tinggi ke Moscow, Rusia pada 20 April ini.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” dijangka akan mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Shoigu serta Presiden Vladimir Putin.

Jelas Mat Sabu, minyak sawit Malaysia sedanag menghadapi kemerosotan harga dan langkah drastik perlu diambil untuk memulihkan keadaan.

Menurutnya, terdapat juga beberapa negara Eropah dan Asia yang menzahirkan minat untuk mengadakan tukar ganti perolehan pertahanan dan keselamatan dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, kepentingan khusus adalah hubungan di antara Malaysia-Rusia, yang telah meningkatkan tukar ganti pertahanan dan aeroangkasa menerusi minyak sawit sejak kira-kira 4 dekad lalu, ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4.

“Ya, pertemuan dengan pegawai-pegawai tinggi dan eksekutif Rusia akan diadakan.

“Kami berharap untuk mencapai penyelesaian menang-menang,” kata Mat Sabu.

Difahamkan juga, lawatan Mat Sabu ke Rusia ini juga akan memberi fokus terhadap masa depan jet pejuang sedia ada di dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29N.

Tukar ganti di antara kedua-dua negara juga mungkin membabitkan program, peralihan teknologi, dan juga pekerjaan.

Selain daripada Rusia, Mat Sabu turut merancang untuk mengadakan perjanjian tukar ganti dengan Norway, Turki, Iran, Pakistan, China dan Perancis.

“Saya telah mengadakan perbincangan yang positif bersama duta, menteri pertahanan, dan pegawai tinggi tentera ketika pameran antarabangsa (LIMA19) di Langkawi.

“Dan daripada apa yang saya peroleh, terdapat kemungkinan besar Malaysia boleh memodenkan, memperbaharui, atau menaik taraf aset-aset pertahanan menerusi pertukaran minyak sawit,” katanya.

Sumber: NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker