Hiburan

Harga Tiket Hari Pembukaan ‘Avengers: Endgame’ Cecah RM1,000

Kurang dua minggu sebelum salah satu filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini Avengers: Endgame mula ditayangkan, ketaksuban peminat berterusan dengan tiket hari pembukaan pada 24 April dijual dengan harga mencecah RM1,000 satu.

Keterujaan peminat siri itu di Malaysia tidak berkurangan walaupun tiket untuk pra-jualan telah mula dijual lebih seminggu yang lalu.

Ulat tiket di AS dilaporkan menjual tiket tayangan perdana melebihi RM100,000 sementara di Malaysia penjual semula tiket mengambil keuntungan di laman web dalam talian.

Di laman web Carousell, pengguna bernama jenneration323 menawarkan empat tiket dengan harga boleh dirunding sebanyak RM4,000 untuk filem pada 24 April, menjanjikan kerusi yang sangat baik untuk tayangan di Mid Valley Megamall.

Tiga lagi pengguna di laman web itu menawarkan tiket untuk pasangan sebanyak RM2,000, sementara tawaran terendah adalah RM30 untuk sepasang tiket, dengan beberapa pakej Imax atau makanan sebagai tarikan.

Tiket yang lebih berpatutan boleh didapati di laman web Mudah, dengan harga yang paling mahal masih adalah sebanyak RM500 untuk sepasang pada 24 April, dan yang paling murah pula dijual sekitar RM20.

Walau bagaimanapun, laman web Shopee menawarkan alternatif yang lebih murah dengan harga RM11.50 sehingga RM120 untuk empat tiket.

Laman popular lain seperti 11Street, Lazada dan eBay Malaysia tidak mempunyai jualan.

Avengers: Endgame bakal menjadi filem terbesar sepanjang masa, dengan rekod jualan dipecahkan di seluruh dunia untuk jualan tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Filem ke-22 dalam Marvel Cinematic Universe, adalah sekuel kepada Avengers: Infinity War yang mengumpulkan hampir RM8.5 bilion di seluruh dunia.

Avengers: Infinity War adalah filem pecah panggung tertinggi di Malaysia sepanjang tahun dengan nilai RM65 juta, rekod yang sebelum ini dipegang oleh Fast and Furious 7 pada 2015 demgan kutipan RM63 juta.

Avengers: Endgame menampilkan bintang-bintang popular Marvel seperti Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Paul Rudd dan Brie Larson dan akan ditayangkan di Malaysia pada 24 April, dua hari lebih awal daripada tayangan rasmi antarabangsa pada 26 April.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker