AntarabangsaIsu Semasa

Kapal Angkasa Israel Terhempas Di Bulan “Pada Saat-Saat Akhir”

Kapal angkasa Israel, Beresheet dilaporkan telah terhempas di bulan pada Khamis, 11 April 2019, selepas berlakunya beberapa masalah teknikal ketika sedang cuba melakukan pendaratan.

Difahamkan, Beresheet bermaksud “pada permulaan” dalam bahasa Hebrew, dan misinya ke bulan bertujuan untuk mengambil gambar dan menjalankan eksperimen.

Menurut pasukan sokongan, kapal angkasa tanpa pemandu itu mengalami kerosakan enjin dan sistem komunikasi semasa pendaratan dilakukan.

Sebelum sampai ke bulan, Beresheet telah mengembara di ruang angkasa selama 7 minggu.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir ternyata mengecewakan pasukan pengendalinya.

“Nampaknya kegagalan dalam unit pengukuran intertia kami menyebabkan beberapa masalah dalam avionik kapal angkasa kami yang merosakkan merosakkan enjinya dan menyebabkan kami gagal dalam misi ini,” kata ketua pengurus divisyen angkasa di Israel Aerospace Industries (IAI), Opher Doron.

Setakat ini, hanya 3 buah negara sahaja yang telah berjaya melaksanakan pendaratan “lembut” atau terkawal di permukaan bulan iaitu Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Soviet, dan China.

Sekiranya Beresheet berjaya melakukan pendaratan, ia akan menjadi kapal angkasa yang dibiayai secara persendirian (bukan di bawah program kerajaan) pertama di dunia untuk mendarat di bulan.

Ia dibina oleh IAI dan badan bukan berorientasikan keuntungan pengembaraan angkasa, SpaceL dengan nilai AS$100 juta (RM412.2 juta) yang dibiayai hampir sepenuhnya oleh pemberi dana swasta.

“Setakat ini, ia adalah kapal angkasa yang paling murah dan terkecil untuk sampai ke bulan. Ia telah menjadi satu perjalanan yang hebat, dan saya berharap kita berpeluang untuk melakukannya sekali lagi,” ujar Doron.

Reka bentuk Beresheet adalah seperti meja bulan dan mempunyai empat kaki yang dibuat oleh karbon fiber. Ketinggiannya pula adalah 1.5 meter.

Ia berlepas darip Florida’s Cape Canaveral pada 21 Februari pada sebuah roket SpaceX Falcon 9 dan memasuki orbit bumi kira-kira 34 minit selepas dilancarkan.

Sumber: Reuters

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker