Sains

Bawang Yang Tidak Menyebabkan Anda Menangis Wujud Di Pasaran!

Dengan kajian selama tiga dekad oleh saintis Bayer, akhirnya mereka telah menemukan bawang yang tidak akan menyebabkan anda menangis apabila memotongnya.

Bawang ini telah mengalami proses kacukan tetapi tidak mengalami modifikasi genetik kata syarikat yang berpangkalan di Jerman tetapi mengeluarkan bawang ini di Amerika Syarikat.

Bawang yang juga telah diberi nama ‘Sunion’ ini dikatakan akan menjadi lebih manis setiap hari.

Malah disebabkan Sunion ini kurang berbau, ia boleh dimakan mentah tanpa membuat anda menangis.

Namun begitu tidak pasti sama ada Sunion ini akan mengurangkan bau mulut seseorang. Oleh itu jika anda makan mentah, pastikan anda ada gula-gula ‘mint’ bersama anda.

Inovasi makanan ini boleh menyelesaikan masalah – bawang menyebabkan air mata!

 

Tapi agaknya, bila ia boleh ditanam dan dipasarkan di Malaysia?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker