MalaysiaPolitik

Malaysia Baharu: Dari Kaca Mata Perdana Menteri

Ikuti intipati wawancara pihak NST bersama YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Malaysia Baharu:

Apakah pencapaian utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah hampir setahun memerintah?

Perkara utama ialah mengekalkan kesemua parti PH. Ia tidak mudah dilakukan kerana kesemua parti adalah berbeza jadi sukar untuk dapatkan keputusan bersama. Mungkin orang lain tidak memikirkannya sebagai pencapaian, tetapi sebenarnya ia adalah pencapaian yang besar kerana pihak-pihak ini tidak pernah bekerjasama.

Apakah cabaran utama dalam tahun pertama pentadbiran?

Jika saya bandingkan dengan tugas saya dahulu sebagai perdana menteri, seluruh jentera kerajaan telah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan. Berbeza dengan sekarang kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pengalaman. Jika saya memberi arahan, belum tentu saya akan dapat hasil yang diinginkan.

Adakah reformasi perlahan kerana para menteri tidak berpengalaman?

Tidak. Ia bukan kerana kurang pengalaman. Kita tahu apa yang kita mahu lakukan, tetapi kita sedar bahawa beberapa pembaharuan memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Untuk meminda Perlembagaan, kita memerlukan majoriti dua pertiga.

Kami memerlukan sokongan pembangkang untuk mencapai majoriti dua pertiga dan kami tidak dapat menjamin pembangkang akan menyokong. Jika kita tidak dapat memperoleh majoriti dua pertiga, itu bermakna kita tidak dapat meneruskan reformasi itu.

Bagaimanakah tahap pencapaian menteri PH?

Para menteri adalah baru. Saya tidak boleh mengharapkan orang baru mengetahui segala-galanya. Jika saya tukar kepada menteri baru yang lain, ia tidak akan membantu sama sekali.

Tetapi mereka sangat prihatin terhadap prestasi mereka sendiri, dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Setiap menteri datang berjumpa saya jika mereka mempunyai masalah dan saya akan menasihati mereka. Sudah tentu, ia memerlukan banyak masa tetapi dalam beberapa kes saya akan membantu mereka membuat keputusan.

Adakah Anwar Ibrahim mampu mengekalkan PH?

Saya fikir Anwar telah memimpin sebahagian besar Pakatan Harapan. Malah, beliau adalah arkitek dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu, Pakatan Rakyat gagal kerana mereka tidak bersatu padu. Tetapi selepas bekerja bersama, kami dapat bekerja lebih rapat.

Anwar berasal dari Umno dan Umno dulu tidak begitu disukai oleh pembangkang. Anwar meninggalkan Umno dan berjaya membawa DAP, Pas dan partinya bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. Jadi beliau mempunyai kualiti kepimpinan.

Adakah semua kesalahan kerajaan dahulu telah didedahkan?

Kami masih mencari lebih banyak lagi kesalahan mereka. Ia hampir tidak berkesudahan. Ia bukan hanya 1MDB. Terdapat CRC, dana pencen,Tabung Haji dan Felda. Institusi-institusi ini telah diseleweng dan berada dalam keadaan sukar. Ia tidak mudah untuk menyelesaikan masalah ini, kerana wang itu telah hilang.

Contohnya, jika anda mengatakan bahawa anda melabur di Petro Saudi, jika ia merupakan pelaburan sebenar, kami boleh pergi ke Petro Saudi dan mungkin membongkar perkara itu dan mendapatkan kembali wang. Tetapi wang itu bukan dengan Petro Saudi.

Tetapi dalam undang-undang, anda perlu membuktikan pemilik wang itu. Wang yang bergerak dari satu bank ke bank lain adalah milik negara dan kita perlu membuktikannya. Tanpa bukti itu, kita tidak boleh ke mahkamah.

Jika Najib benar-benar bersalah, mengapa beliau masih bebas?

Memang Najib masih bebas tetapi ia kerana mahkamah belum bermula. Dan apa yang Najib lakukan ialah melengah-lengahkan perbicaraan. Hampir 11 bulan selepas PH menang, kesnya baru sahaja bermula. Jika kesnya tidak didengar maka dia tidak boleh didapati bersalah dan dia menangguhkannya kerana dia tahu dia bersalah. Jadi itulah strateginya.

Pada masa yang sama, Najib sedang memancing sokongan. Orang ramai mungkin mengatakan dia tidak bersalah, tetapi sehingga mahkamah mengatakan dia bersalah atau tidak bersalah, dia tetap bersalah. Di bawah undang-undang Perancis, anda tetap bersalah walaupun sebelum anda terbukti tidak bersalah.

Bagaimanakah keadaan ekonomi setelah PH mengambil alih?

Keyakinan terhadap kerajaan telah ada. Tidak sepenuhnya, tetapi ia baru bermula dan kita menerima beberapa cadangan untuk melabur di Malaysia.

Tetapi seperti yang anda lihat, ekonomi ini masih terus berkembang; 4.7 peratus adalah angka besar untuk ekonomi saiz kita. Banyak negara mula melihat Malaysia seperti Jepun, China dan negara-negara Eropah. Di pameran udara (Lima 2019), mereka semua sangat positif mengenai pertumbuhan Malaysia. Keyakinan telah kembali.

Bagaimanakah prestasi pembangkang?

Mereka tidak menumpukan perhatian kepada kerajaan. Mereka hanya berusaha untuk bertahan sehingga sanggup memainkan isu-isu perkauman dan agama. Umno telah menjadi Pas. Mereka benar-benar dikuasai oleh Pas. Umno sekarang bukan Umno yang saya tahu. Bukan Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Saya telah bersama Umno dari tahun 1946. Saya tahu apa yang Umno ada, tetapi ini bukan Umno. Ia hanya sekumpulan ahli politik yang ingin mengekalkan kedudukan mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker