Ibu dan Anak

Bila Ibubapa Risau Anak Taknak Makan..

Melihat anak membesar dengan sihat adalah impian setiap ibubapa. Sebagai ibubapa, jika anak kita terlebih makan kita risau, jika anak kurang makan juga kita akan risau.

Di Malaysia, tinjauan 2015 menunjukkan 8% kanak-kanak di bawah usia 18 tahun adalah BMI rendah untuk umur dan kekurangan berat badan mengikut ketinggian dan 13% kekurangan berat badan mengikut umur.

Bagi ibubapa yang risau jika anak mereka kelihatan kurus dan kurang makan, ini sedikit tips untuk anda menggalakkan anak untuk menambahkan berat badan untuk menjadi sihat.

1. Masak makanan yang kelihatan menyelerakan.

Makanan yang “cantik” akan menambahkan selera makan seseorang. Oleh itu sebagai ibubapa, mungkin anda perlu beri sedikit masa dengan menambahkan bentuk dan warna pada makanan yang dihidangkan kepada anak.

2. Beri makanan pada kuantiti sedikit tetapi kerap.

Beri anak anda makanan pada kuantiti kecil tetapi kerap untuk menggalakkan anak anda makan lebih banyak yang menyebabkan jumlah makanan yang diambil lebih dari kuantiti yang biasa. Namun, ibubapa perlu ingat untuk memberi makanan yang seimbang.

3. Makan bersama

Jadikanlah satu kebiasaan untuk makan bersama. Walaupun anak anda tidak gemar makan, pastikan mereka berada di meja makan dan berbual dengan mereka. Namun jangan pula menonton televisyen atau gajet semasa di meja makan kerana kanak-kanak sering menganggap ibubapa sebagai contoh untuk mereka ikuti.

4. Membeli dan menyediakan makanan bersama

Bawa anak anda membeli barang dapur bersama anda dan minta mereka untuk memilih makanan untuk mereka cuba. Kanak-kanak akan lebih berminat dan bersemangat untuk makan apabila mereka bersama menyediakan makanan.

 

Untuk mengetahui kadar kalori yang patut diambil pada kadar yang betul, dapatkan pandangan doktor dan pakar pemakanan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker