Gaya HidupKesihatan

Bagi Yang Mahu Berkahwin, Cuba Dapatkan Ujian DNA

Semasa ingin mendirikan rumah tangga, pelbagai prosedur diperlukan untuk kita lalui. Salah satunya ialah dengan menjalani ujian HIV. Tapi tahukah anda terdapat satu lagi ujian yang disarankan untuk kita jalani?

Ujian DNA adalah ujian yang digalakkan untuk diuji bagi mengetahui sama ada kita dan pasangan kita memiliki genetik yang boleh bersatu atau tidak.

Mengapa Digalakkan Menjalani Ujian DNA?

Ini kerana jika kedua-dua pihak memiliki gen yang termutasi, ia boleh menyebabkan anak yang dilahirkan menanggung penyakit yang mungkin akan mengakibatkan kesengsaraan sepanjang hayat.

Ianya seperti kes adik beradik Lee yang masing-masing kini berusia 18 dan 14 tahun. Lee Yen Ling dan Lee Wei Ling didiagnos menghidap penyakit Pompe – sebuah penyakit yang berlaku akibat masalah genetik semasa mereka masih kanak-kanak.

Akibat daripada kekurangan enzim, badan mereka tidak dapat menukarkan glikogen menjadi glukosa. Ini telah menyebabkan mereka mudah tercekik kerana otot mereka yang lemah. Selain itu mereka juga menghidap masalah pernafasan dan selalu keluar masuk hospital.

Ibubapa mereka harus melakukan pelbagai perkara untuk menyelamatkan nyawa kedua anak perempuan mereka.

 

Mahu Pengsan Apabila Tahu Kos Perubatan RM1 juta Setahun!

Ayah mereka, Lee Yee Seng yang kini merupakan presiden Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia menulis di laman webnya yang dia hampir pengsan apabila mengetahui kos perubatan untuk mendapatkan terapi pengganti enzim untuk setiap anaknya ialah RM1 juta setahun dan perlu dilakukan sepanjang hayat mereka!

Kini Lee dan isterinya, Chia Kian Foon membantu sesiapa yang berdepan dengan masalah yang sama dengan mereka dan pada tahun 2015, persatuan mereka dianugerahkan RM550,000 oleh Kementerian Kesihatan untuk memberi perkhidmatan ujian darah kepada keluarga yang menghidap sindrom Hunter.

 

Apa Itu Sindrom Hunter?

Sindrom Hunter ini menyebabkan pesakit tidak dapat mendengar, kaki tidak lurus dan sendi mengeras.

Menurut Chia, bagi sindrom Hunter, ibu yang merupakan pembawa gen tersebut akan menurunkannya kepada anak lelakinya yang bakal menjadi pesakit Hunter. Namun anak perempuan mereka pula mempunyai peluang 50/50 sama ada akan menghidap penyakit tersebut atau tidak tetapi mereka bakal membawa gen tersebut.

Bagi ayah yang memiliki gen sindrom Hunter pula, kesemua anak perempuannya bakal menghidap penyakit sindrom Hunter.

Oleh yang demikian, untuk mengelak penyakit genetik seperti ini, sesiapa boleh melakuka ujian di hospital swasta dan juga kerajaan.

 

Ujian DNA Di Hospital Kerajaan

Bagi yang ingin melakukannya di hospital kerajaan, anda boleh melakukannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ataupun di Institut Penyelidikan Perubatan – Pusat Diagnostik Khas (SDC) yang terletak disebelah HKL.

Namun begitu, menurut pakar genetik klinikal HKL, Dr Ngu Lock Hock, terdapat lebih 8000 penyakit genetik dan tiada ujian untuk mengetahui setiap satu penyakit yang wujud tetapi mereka dapat mengesan penyakit genetik yang lebih utama seperti thalasemia.

Thalasemia merupakan penyakit darah yang menyebabkan anemia dan ralat pada sistem penghadaman dan juga kromosom yang tidak normal.

 

Berapa kos untuk ujian genetik?

Ia bergantung kepada tempat yang anda melakukan ujian. Contohnya di HKL, pesakit yang dirujuk oleh doktor kerajaan hanya dikenakan cas sebanyak RM5 dan perlu menunggu lapan minggu untuk mendapatkan keputusan.

Doktor sentiasa menasihatkan orang yang berkahwin dengan ahli keluarga dekat atau keluarga yang memiliki sejarah ahli keluarga dengan penyakit genetik untuk menjalankan ujian ini tetapi tidak mewajibkannya.

Namun, apa salahnya untuk menjalani ujian ini sebelum ianya terlambat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button