AntarabangsaIsu Semasa

Amerika Adalah Negara Yang “Membiayai Keganasan”?

Iran baru-baru ini mengisytihar Amerika Syarikat (AS) sebagai “negara yang membiayai keganasan” dan melabel tentera-tenteranya di rantau ini sebagai “kumpulan pengganas.”

Pengisytiharan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan AS yang mengklasifikasikan pasukan tentera elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas.

Majlis Tertinggi Keselamatan Iran turut mengecam tindakan Washington itu sebagai perbuatan yang “bodoh dan salah di sisi undang-undang.”

Justeru, majlis tersebut menganggap rejim AS sebagai “negara yang membiayai keganasan” dan Central Command of America (CENTCOM) serta semua pasukan yang berkaitan dengannya sebagai “kumpulan pengganas.”

“IRGC, tidak seperti Amerika dan sekutu-sekutu serantaunya yang menyokong kumpulan pelampau dan pengganas di rantau Asia Barat, sentiasa berada di barisan hadapan dalam menentang terorisme dan ekstremisme dalam rantau ini,” kata majlis itu.

Menjadi sebahagian besar daripada tentera Amerika yang bertapak di pelbagai negara di seluruh dunia, bidang kuasa CENTCOM meliputi pelbagai zon perang dan ‘kawasan panas’ termasuk di Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman dan Teluk.

Sementara itu, diplomat kanan Iran, Mohammad Javad Zarif sebelum ini menggesa Presiden Hassan Rouhani untuk meletakkan pasukan-pasukan CENTCOM dalam senarai kumpulan pengganas.

Zarif juga menempelak kenyataan AS di Twitter, yang berkata bahawa sokongan perlu diberikan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pilihan raya parlimen di negara Yahudi itu.

“Sebuah lagi hadiah pilihan raya yang salah kepada Netanyahu. Sebuah lagi langkah merbahaya AS dalam rantau ini,” kata Zarif.

Sebelum ini juga, Presiden Donald Trump pernah menuduh IRGC secara aktif terlibat dalam membiayai dan mempromosikan keganasan sebagai sebahagian daripada urus tadbir negaranya untuk melaksanakan kempen keganasannya di peringkat global.

Sumber: AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker