Sukan

Adakah Pogba Dan De Gea Bersama Pindah Ke Real Madrid?

Dua bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba dan David De Gea dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini jika pasukan itu gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Spekulasi itu terus hangat diperkatakan apabila kedua-duanya dikaitkan bakal berhijrah ke Real Madrid, baru-baru ini.

Menerusi laporan The Times menjangkakan Pogba dan De Gea antara tujuh pemain yang akan angkat kaki dari kelab itu.

Lima yang lain adalah Juan Mata, Ander Herrera, Romelu Lukaku, Eric Bailly dan Alexis Sanchez.

Begitupun sumber dalaman United mendedahkan kelab itu, tidak akan melepaskan Pogba dan Dea Gea yang dianggap sebagai tonggak penting pasukan tersebut.

Malah perunding bola sepak, Ian McGarry percaya kelab bola sepak mereka perlu menjadikan perkara ini sebagai ‘keutamaan’ kelab untuk memastikan kedua bintang bola sepak ini untuk tidak meninggalkan kelab tersebut.

Laporan dari Sepanyol pula, menyatakan Real Madrid bersedia mengemukakan bidaan terhadap Pogba sebaik sahaja perpindahan Eden Hazard dari Chelsea berjaya disempurnakan.

United perlu bertindak secepat mungkin untuk meyakinkan De Gea untuk terus bersama pasukan itu kerana kontraknya akan berakhir pada 2020.

Manakala Pogba pula masih memiliki kontrak dua tahun bersama Manchester United tetapi telah menyuarakan kemahuan untuk bersama Madrid semasa dia beraksi bersama Perancis pada bulan lalu.

United menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button