Teknologi

3dRudder – Alat Kawalan Pergerakan Playstation VR

Semakin banyak permainan berbentuk VR (virtual maya) yang dibina oleh syarikat dan pembangun permainan video melihatkan respon yang positif mengenainya.

Permainan VR membolehkan pemain berada di alam atau dunia tersebut untuk bermain sekaligus dapat merasakan permainan yang berbeza.

Namun, kebanyakan permainan VR tidak mempunyai pergerakan yang bebas dan pemain hanya mampu melihat ‘dunia’ sekeliling dengan hanya duduk di satu posisi.

3dRudder sebuah syarikat aksesori dan peralatan permainan video telah membina sebuah alat yang dapat menggerakan pemain menggunakan peletak kaki sebagai alat kawalan khas.

Dipanggil 3dRudder Foot Motion Controller, ia dibina khas untuk penggunaan bersama Playstation VR dan Playstation 4.

Permainan yang mempunyai limitasi terhadap pergerakan dengan menggunakan alat kawalan Playstation Move kini boleh bergerak dengan mudah menggunakan alat ini.

Pemain hanya perlu mengolek dan memusingkan alat kawalan ini dengan menggunakan kaki untuk menggerakan avatar pemain.

Sony telah melesenkan alat kawalan ini sebagai salah satu aksesori rasmi Playstation 4 dan setakat ini hanya 25 permainan VR yang disahkan boleh digunakan bersama:

  • Immortal Legacy: The Jade Cypher
  • Undead Citadel
  • Sairento VR
  • Ultrawings VR
  • Bow to Blood
  • Pirate Flight
  • DWVR
  • The Wizards-Enhanced edition
  • Red Matter
  • Operation Warcade
  • Beat Blaster
  • Honor and Duty : D-Day
  • Honor and Duty : Arcade Edition
  • Nature Treks
  • Mind Labyrinth
  • Scraper VR
  • Affected : The Manor
  • Telefrag VR
  • TrainerVR
  • Proze
  • Darkness Roller Coaster
  • Vertigo-Home
  • Contagion VR
  • Shadow Legend
  • Blind

3dRudder Foot Motion Controller dilaporkan akan berada dilancarkan pada 17 Jun 2019 ini pada harga AS$119(~RM487).

Selain Foot Motion Controller untuk Playstation 4, 3dRudder pernah membina alat ini untuk pengguna PC yang boleh digunakan bersama Oculus Rift, HTC Vive, dan WMR VR Headsets.

Untuk tempahan alat kawalan dan informasi, layari laman web rasmi mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker