Bisnes & Ekonomi

“Pomen” Yang Merealisasikan Impian Anak Muda Yang Tidak Habis Sekolah

Seorang ahli perniagaan yang mendirikan perniagaan bengkelnya dengan hasil titik peluhnya sendiri ini sangat berhati mula apabila dia telah membantu ramai anak muda yang tidak dapat melanjutkan pengajian untuk merealisasikan impian mereka.

Mohd Effendi Abdul Talib, 30 tahun telah memberi latihan kerja secara percuma selama tiga tahun.

Sehingga kini, dia telah melatih 24 pelajar di mana kebanyakannya daripada mereka telah meninggalkan persekolahan yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Para pelajar ini perlu melalui kursus selama enam bulan yang akan dikendalikan oleh Mohd Effendi sendiri dan apabila mereka telah lulus dan menjadi “graduan”, mereka boleh membuka bengkel kereta mereka sendiri atau memilih untuk bekerja dengannya.

Mohd Effendi yang merupakan pemilik syarikat Fateh Tyre & Auto Sdn Bhd di Taman Daya, Johor Baru ini berkata dia mengalami masa yang sukar apabila baru memulakan perniagaannya yang sudah berusia enam tahun ini.

“Cabaran utama saya pada awal berniaga dahulu ialah untuk mencari modal bagi mengoperasikan bengkel. Saya tiada pengalaman sama sekali dalam mengendalikan sebuah bengkel.

“Namun, saya percaya bahawa perniagaan automotif ini mempunyai potensi yang tinggi dan saya memutuskan untuk mencubanya,”katanya kepada TheStar.

Mohd Effendi yang merupakan seorang graduan pengurusan dari UiTM Shah Alam telah membuat keputusan untuk bersama rakan-rakannya yang pernah bekerja sebagai mekanik untuk membuka bengkel di Taman Daya pada tahun 2013.

Dia yang kini memiliki dua cawangan di Taman Rinting ini telah memutuskan untuk membuka peluang kepada para penganggur/orang muda yang tidak bersekolah berdikari mendirikan perniagaan mereka sendiri dengan mengajar mereka melalui pengalaman peribadinya.

“Saya juga telah mencipta modul latihan saya sendiri yang dikenali sebagai Program Pembangunan Keusahawanan yang memfokuskan kerja secara langsung.

“Saya juga menjalankan kelas bagi sesiapa yang mahu belajar tentang bil, sumber manusia, jualan dan banyak lagi,” katanya Mohd Effendi.

Program yang diwujudkan oleh Mohd Effendi ini merupakan sesuatu yang memang diinginkannya untuk membantu komuniti.

Mohd Effendi yang mengambil calon pelajarnya melalui temuramah dan akan mengambil pelajar yang hanya benar-benar ikhlas serta benar-benar mahu mempelajari selok belok perniagaan.

“Saya rasa sangat bangga apabila melihat pelajar saya membuka bengkel atau perniagaan mereka sendiri,” kata Mohd Effendi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button