Sains

Betul Ke Oumuamua Merupakan “Kapal Intipan Makhluk Asing” Seperti Dakwaan Saintis Harvard?

Jika anda pernah terbaca pada tahun lalu pakar astronomi telah menerbitkan sebuah artikel di dalam The Astrophysical Journal Letters yang membincangkan tentang misteri objek bernama Oumuamua.

Oumuamua yang mendapat namanya daripada bahasa Hawaii yang bermaksud “peninjau” atau “penghantar pesanan” ini pertama kali dilihat melalui teleskop pada bulan Oktober 2017.

Pada tahun 2018, dua penyelidik dari Universiti Harvard telah mengeluarkan sebuah penulisan saintifik yang menyatakan objek berbentuk seperti curut ini berkemungkinan besar di hantar oleh makhluk asing.

 

Bagaimana Saintis Boleh Kata Oumuamua Objek ‘Alien’?

Teori ini terhasil kerana Oumuamua menunjukkan sebuah senario “eksotik” apabila ia memasuki sistem solar pada kecepatan yang sangat dasyat (lebih dari kebiasaannya) menjauhi matahari yang memperlihatkan ianya seperti kapal yang terbang di atas cahaya matahari tetapi tidak memiliki ‘ekor cahaya’ seperti komet yang biasa.

<

“Walaupun fenomena ini tidak dapat diterangkan secara tepat tetapi Oumuamua mungkin bergerak akibat tekanan radiasi yang dihasilkan oleh matahari,” kata penulis artikel tersebut, Shmuel Bialy.

“Namun begitu, untuk perkara ini terjadi, ia memerlukan badan objek tersebut untuk menjadi sangat besar dan nipis tetapi ia tidak pernah lihat berlaku secara semulajadi,” tambahnya lagi.

 

Ramai Saintis Tidak Bersetuju Dengan Dakwaan Ini

Cadangan yang dikemukakan oleh dua saintis Harvard ini telah menjadi viral ketika itu walaupun terdapat beberapa pakar astronomi tidak bersetuju dengan mereka.

“Seperti kebanyakan saintis, saya ingin mempercayai kewujudan makhluk asing tetapi harus dengan bukti yang lebih kukuh. Namun ini bukanlah ia,” kata Alan Fitzsimmons, seorang pakar astro fizik dari Queens University Belfast.

“Ciri-ciri Oumuamua ini persis seperti bentuk komet lain yang berada dalam sistem suria dan perbincangan mereka pada kajian yang dikemukan oleh penulisan itu adalah berdasarkan nombor dengan ketidakpastian,” kata Alan.

 

Kajian 2019 Universiti Harvard Terhadap Oumuamua

Baru-baru ini saintis yang meneruskan kajian terhadap Oumuamua yang memiliki saiz panjang 400 meter dan kelebaran sebanyak 48.8 meter ini telah menemukan bukti kepada persoalan utama iaitu sama ada Oumuamua merupakan “objek yang dihantar oleh makhluk asing” atau tidak?

Menurut laman space.com, Oumuamua hampir pasti sebuah objek yang mungkin tidak istimewa!

Malah, terdapat trillion objek sama seperti Oumuamua yang “berlayar” di ruang angkasa kata Greg Laughlin, seorang ahli astronomi dari Universiti Yale.

 

Terdapat Banyak Oumuamua Di Galaksi?

Greg yang telah memberi syarahan di universitinya pada mesyuarat ke-223 Persatuan Astronomi Amerika telah menganggarkan sebanyak 10^26 objek seperti Oumuamua yang wujud di galaksi.

Oleh itu, Oumuamua berkemungkinan besar merupakan objek pertama yang dilihat oleh para astronomi tetapi objek ini bukan sesuatu yang ‘asing’.

Sebuah lagi kajian terkini yang dilakukan oleh Universiti Harvard telah memperlihatkan dua objek seperti Oumuamua telah melintasi matahari setiap tahun.

Artikel ini telah diterbitkan pada Januari 4 di journal arXiv.org yang turut menambah informasi tentang Oumuamua yang bertembung dengan matahari setiap 30 tahun manakala dua akan melintasi orbit Utarid.

 

Oumuamua Tetap Sebuah Misteri…

Greg mengakui terdapat banyak lagi persoalan dan misteri tentang Oumuamua tetapi ia bukan sesuatu yang luar biasa. Ia hanya memberitahu kita bahawa terdapat banyak objek diluar sana.

Gabungan objek-objek ini adalah sama seperti 100bilion Bumi!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker