Ibu dan Anak

Untuk Ibubapa Yang Masih Keliru Sama Ada Nak Benarkan Anak Terdedah Dengan Teknologi Atau Tidak

Ibu bapa millenium berada dalam zon dilema apabila berbincang tentang teknologi dan gajet.

Pada satu sisi ianya sangat membantu tetapi pada sisi lain ia juga merupakan sebuah medan yang boleh menggugat peribadi dan perkembangan anak.

Namun hakikatnya, anak anda lambat laun pasti akan berdepan dengan fasa teknologi di depan mata mereka dan ibubapa tidak boleh menghalangnya.

Ibubapa Perlu Jadi Tempat Pertama Anak Berbincang

Mereka bakal menggunakan teknologi di sekolah atau jika tidak dapat menggunakannya di rumah, mereka akan mengambil peluang menggunakannya di rumah kawan dan sebagainya.

Jadi lebih baik kita menjalinkan hubungan mesra teknologi bersama anak tetapi dengan keterbatasan tertentu supaya apabila mereka melihat sesuatu yang tidak elok seperti ‘Momo Challenge’ yang baru-baru ini menghantui segenap ibubapa di seluruh dunia, mereka akan berbincangkan tentang hal ini dengan ibubapa terlebih dahulu sebelum dengan orang lain.

Tips Untuk Ibubapa Menangani Masalah Teknologi

Pengarah sebuah NGO di Amerika Syarikat, First Things First yang telah mengadakan sebuah bengkel untuk ibubapa menangani masalah era digital, Chris Gregory telah memberikan beberapa tips untuk ibubapa menangani perkara ini.

Antaranya ialah:-

  1. Anda perlu tahu kata laluan (password) pada gajet atau alat elektronik yang digunakan oleh anak anda
  2. Ketahui aplikasi terkini yang digunakan oleh anak anda
  3. Sekali-sekala cuba lihat apa yang dimuatnaik oleh anak anda di laman sosial
  4. Sekali-sekala jenguk skrin komputer anak anda
  5. Cuba bertanya tentang permainan video yang anak anda main dan dengan siapa mereka sedang bermain (jika permainan video tersebut bersambung di atas talian)
  6. Jadikan kawasan makan sebagai zon ‘bebas teknologi’
  7. Ibubapa digalakkan untuk tidak mendapatkan telefon pintar atau mewujudkan akaun media sosial untuk mereka pada usia yang terlalu muda.

Bertegas Tetapi Jangan Menghalang

Sepasang ibubapa yang mengikuti bengkel tersebut juga telah berkongsi pengalaman mereka dalam menangani isu teknologi dan gajet di dalam keluarga mereka yang memiliki enam orang anak.

Sandy dan Joe Pricer berkata mereka memiliki panduan yang tegas dalam rumah tetapi menggunakan teknologi yang baik untuk keluarga mereka.

Contohnya, salah seorang anak mereka yang merupakan pengidap kencing manis perlu diawasi paras gula dalam badannya. Oleh itu mereka menggunakan sebuah aplikasi bernama Dexcom untuk memudahkan mereka mengesan paras tersebut.

Kesemua ahli keluarga mereka juga akan berkongsi lokasi untuk memudahkan setiap dariapda mereka mengetahui keberadaan masing-masing.

Ibubapa Perlu Jadi Contoh Yang Baik Kepada Anak

Joe Pricer berkata dia memahami terdapat ibubapa yang lebih gemar menggunakan jam analog dan segan atau merasakan tidak mahir dalam menggunakan teknologi, tetapi dia percaya jika semua orang memahami cara menggunakannya dengan betul, ia akan menjadi sesuatu berguna.

Dalam pada itu, kunci untuk menangani masalah teknologi di kalangan anak-anak bermula dengan ibubapa sendiri. Jika ibubapa dapat memberi contoh penggunaan teknologi yang baik, sudah pasti anak anda juga akan menjauhkan diri dari teknologi tersebut dan menggunakannya bila perlu sahaja.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker