Makan & Minum

Peluang Untuk Memenangi Percutian Ke Bangkok Apabila Anda Makan Di Sini

Pelancaran kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”, menandakan permulaan kolaborasi antara Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) bersama restoran-restoran di negara ini.

Ini selari dengan kempen “Membuka Lembaran Baharu” dalam Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu. Sektor tersebut termasuk; Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai.

Kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”, yang bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini, adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia.

Restoran ini akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sempena kempen.

Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Mr Tuk Tuk mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan halal Thai yang sedap dan berkualiti.

 

Mr Tuk Tuk menyajikan Makanan Halal

Setiap sajian telah terbukti  keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.

Restoran Mr Tuk Tuk mendapat namanya daripada sebuah pengangkutan popular di Thailand.

Ia merupakan anak syarikat kepada Koh Samui Restaurant, yang berpengalaman lebih 24 tahun dalam perniagaan restoran.

Mr Tuk Tuk membuka restoran pertamanya di di Malaysia pada tahun 2015 di Setia City Mall, sebuah cawangan kecil dengan kapasiti 50 orang.

Kini, Mr Tuk Tuk berkembang kepada lapan cawangan, dengan satu lagi pembukaan baharu di IOI City Mall pada Mei ini.

Cawangan mereka yang terbesar ialah di Starling Mall dengan 180 kapasiti.

Makan Dan Menang!

Kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk akan menyertai kempen ini, iaitu di Setia City Mall, Gamuda Walk, The Gardens, The Starling Mall, Sunway
Pyramid, Sunway Velocity, Empire City dan Nu Sentral.

Sepanjang kempen tersebut juga, pengunjung restoran yang membelanjakan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan.

Antaranya ialah lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam; lima beg bagasi; 10 beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.


Lima Sajian Baharu Sempena Kempen Lawat Thailand 2019

Selain daripada itu, Mr Tuk Tuk juga akan memperkenalkan lima sajian makanan dan jenama minuman baharu semasa kempen
“Makan Thai, Lawat Thailand 2019” ini diadakan.

Pengarah TAT, Kuala Lumpur, Encik Ahman Mad-Adam, berkata: “Makanan Thai bukan sekadar satu sajian, sebaliknya ia adalah satu keterujaan yang seumur hidup.

Ia umpama kisah cinta yang telah berakar umbi dalam budaya negara itu dan paling penting, di dalam keluarga.

Kami percaya ia sama juga di Malaysia, yang mana masyarakatnya sangat suka makan dan makanan menyatukan rakyat. Ramai pelancong Malaysia yang melawat Thailand dengan tujuan untuk merasai makanan Thai.

“Tahun ini kami mempunyai Garis Panduan MICHELIN edisi terbaharu 2019, yang menjangkau hingga ke Phuket dan Phang-nga. Ini membuktikan bahawa Thailand mempunyai kepelbagaian makanan yang begitu luas untuk setiap orang daripada restoran bertaraf MICHELIN, makanan jalanan, makanan Halal hingga ke restoran mewah (fine dining) dan banyak lagi.

 

Tahun 2018 Merupakan Jumlah Tertinggi Pelancong Malaysia Datang Ke Thailand

“Kami menerima 4 juta pelawat dari Malaysia pada 2018, ia merupakan jumlah tertinggi dalam rekod TAT-KL.

Kami berterima kasih terhadap semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Pada 2019 ini, kami akan terus bekerja keras untuk mempromosikan Thailand melalui apa juga cara dan berharap mampu menjangkau kumpulan audien yang lebih luas, sebagai contoh pelancong-pelancong muda atau generasi milinium, pencinta makanan, pelancong-pelancong mewah, pencinta kesihatan, pencinta sukan, pasangan bulan madu, dan sebagainya.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button