Kesihatan

Ini Sebabnya KKM Menarik Balik 7 Produk Ubat Rawatan Tekanan Darah Tinggi Di Pasaran

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan, bermula 7 Mac 2019 tetapi baharu hujung minggu yang lalu ia diwar-warkan oleh media massa.

Tujuh produk terbabit ialah:
1. LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg)
2. LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg)
3. Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg)
4. Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg)
5. TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide)
6. Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg)
7. Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg)

 

Mengapa Ia Ditarik Balik Dari Pasaran Tempatan?

Menurut laporan BHarian, produk berkenaan dikeluarkan daripada pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India.

Tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA).

Impuriti ini dikatakan berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

Justeru itu, syarikat terbabit sudah digantung status pendaftaran di Malaysia bermula 7 Mac 2019.

 

Cek Status Produk Kesihatan Menggunakan Aplikasi

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan pengguna supaya menggunakan produk kesihatan yang berdaftar PKBD dan semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play.

 

Bagi Yang Sedang Mengambil Ubat Losartan ‘Jangan Panik!’

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, bahan yang terdapat dalam ubat losartan itu tidak mempunyai kesan jangka masa pendek, justeru mereka yang masih memilikinya hanya perlu memberhentikan pengambilan ubat berkenaan dan menyerahkan semula kepada pembekal.

“Jadi kalau sudah makan jangan panik. Apabila pendaftaran ubat itu ditarik balik ia tidak boleh lagi dijual dan mereka yang telah beli ubat berkenaan harus memulangkannya semula kepada pembekal bagi mendapatkan gantian untuk jenama lain.

“Ubat losartan ini mempunyai banyak jenama tetapi yang terlibat cuma beberapa jenama kerana tercemar dengan bahan tidak diingini,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker