Teknologi

Membina Permainan VR Dalam Nintendo Labo Toy-Con Ke-4

Setelah kejayaan dalam menghasilkan permainan berkonsep unik di dalam 3 siri Nintendo Labo, kini Nintendo akan memasarkan Toy-Con ke-4 pula.

Siri kali ini memfokuskan penggunaan Nintendo Switch di dalam format VR (reality maya) dengan menampilkan beberapa permainan unik di dalam siri Toy-Con VR Kit.

Seperti konsep Nintendo Labo terdahulu, pemain dan pengguna akan membina beberapa kelengkapan dan alat berasas kadbod untuk digunakan bersama Nintendo Switch.

Di dalam set Toy-Con VR Kit kali ini, terdapat 5 permainan VR yang boleh dimainkan iaitu Toy-Con Blaster, Toy-Con Wind Pedal, Toy-Con Bird, Toy-Con Elephant dan Toy-Con Camera:

  • TOY-CON BLASTER

Pemain akan bermain permainan menembak sambil mengawal gogal dan Joy-Con (alat kawalan) sama ada melawan musuh atau bermain bersama pemain lain.

  • TOY-CON WIND PEDAL

Permainan ringkas di mana pemain perlu memijak pedal yang dibina untuk melompat dan mengelak halangan-halangan.

  • TOY-CON BIRD

Bermain dengan menjadi seekor burung yang terbang di dalam dunia maya sambil melakukan beberapa aktiviti ringkas.

  • TOY-CON ELEPHANT

Toy-Con ini lebih kepada membina seni di dalam dunia maya seperti membina arca ataupun permainan fizik yang mudah.

  • TOY-CON CAMERA

Seperti kamera biasa, ia digunakan untuk menangkap gambar di dalam dunia maya dan turut terdapat beberapa misi dan aktiviti untuk dilakukan.

Di dalam Toy-Con VR Kit ini juga, pemain dapat mengeksplorasi VR Plaza yang mengandungi 64 jenis permainan mini lagi ang boleh dimainkan menggunakan Toy-Con VR yang dibina ini.

Selain itu, Toy-Con Garage juga dikemas-kini dengan Toy-Con Garage VR dimana pemain boleh menjadi kreatif dengan membina permainan VR sendiri menggunakan peralatan dan pilihan yang diberi di dalam mod ini.

Nintendo Labo VR Kit dilaporkan akan berada di pasaran pada 12 April ini dengan dua set pilihan.

Toy-Con VR Kit akan dijual pada harga sekitar RM325 dengan mengandungi kesemua 5 set Toy-Con gogal manakala set kedua hanya mengandungi set Toy-Con Blaster dan dijual pada harga sekitar RM163.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button