AntarabangsaIsu Semasa

China Kini Wajibkan Pegawai Sekolah Makan Bersama Kanak-Kanak Di Kantin. Tetapi Mengapa?

China menguatkuasakan sebuah undang-undang baru mulai Isnin, 1 April 2019, bagi mewajibkan pegawai-pegawai di sekolah daripada tadika sehingga sekolah menengah, untuk makan bersama-sama anak murid di kantin.

Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan bahaya berkaitan keselamatan makanan di sekolah agar ia dapat ditangani dengan kadar segera.

Memetik laporan media antarabangsa, peraturan baru ini diumumkan secara bersama oleh Kementerian Pendidikan, Pentadbiran Pengawal Selia Pasaran Negeri, dan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga perlu menerbitkan maklumat berkaitan sumber dan pembekal makanan serta mewujudkan sistem pencegahan dan kawalan.

Makanan yang sudah rosak di kantin sekolah tersebut – Sumber: South China Morning Post

Jabatan-jabatan pemantauan keselamatan makanan turut diarahkan untuk mengukuhkan lagi pemantauan dengan melaksanakan pemeriksaan secara kerap di sekitar sekolah, dan menyediakan garis panduan khusus tentang pelaksanaan tanggungjawab keselamatan makanan.

Bukan itu sahaja, malah undang-undang baru ini juga akan melaksanakan kerja-kerja pencegahan, tindak balas kecemasan, dan mengendali insiden-insiden membabitkan keselamatan makanan di sekolah.

Awal bulan ini, 36 kanak-kanak di sebuah sekolah bernama¬†Development School of Chengdu No 7 High School di Chengdu, wilayah¬†Sichuan¬†dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan memakan makanan yang sudah basi” di kantin.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan kemudian memuat naik video serta gambar makanan tersebut, termasuk tomato, pai daging, dan daging beku yang sudah rosak di kantin itu.

Lebih membimbangkan lagi, segelintir ibu bapa mendakwa bahawa anak-anak mereka mengalami cirit birit dan najis mereka mengandungi darah selepas makan di kantin tersebut.

Menurut pihak sekolah dalam satu kenyataan, pentadbir kantin telah pun digantung daripada beroperasi buat sementara waktu dan kini disiasat oleh biro keselamatan awam.

Guru besar sekolah berkenaan juga dipecat dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas urus tadbir yang lemah.

Sumber: Asia News Network
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button