Gaya HidupKesihatan

Bolehkah Menyejukkan Luka Terbakar Atau Melecur Dengan Ais?

Selama 13 tahun berkhidmat di unit pembedahan, Dr. Khairul Izan kerap juga dipanggil untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang datang akibat luka melecur dan terbakar.

Kebanyakan yang datang mengambil langkah menyejukkan kecederaan tersebut dengan melalukannya dengan ais. Mereka merasakan itu adalah langkah terbaik untuk mengurangkan kecederaan dari merebak tetapi sebenarnya tindakan tersebut adalah SALAH!!

Penggunaan ais dalam rawatan luka melecur atau kebakaran yang lain akan mengakibatkan kecederaan tersebut menjadi lebih serius.

Langkah yang sepatutnya dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang cedera dengan air biasa.

Pakaian yang menutupi bahagian yang tercedera hendaklah ditanggalkan, tetapi sekirannya pakaian tersebut melekat kepada kulit yang tercedera, jangan cuba untuk mencabutnya kerana ini akan menyebabkan kecederaan lebih teruk.

Biarkan sehingga doktor anda melakukannya.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah menyejukkan bahagian yang tercedera dengan air sejuk selama kira-kira 5 minit.

Anda juga boleh memakai kain bersih, sejuk, basah untuk membersihkan kawasan tersebut.

Kemudian bersihkan kawasan menggunakan sabun antiseptik, dan gunakan krim antibiotik topikal untuk melindungi kawasan dari jangkitan.

Jika kulit anda melepuh, jangan pecahkan lepuh tersebut kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman. Anda hanya perlu menutup kawasan itu dengan kain bersih dan tidak melekat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Dr. Khairul Izan Md Ghani di laman Facebooknya, Get Well By Doc K. 

* Dr Khairul Izan Md Ghani merupakan Pakar Bedah yang berpengalaman dalam bidang perubatan lebih daripada 13 tahun dan menjadi Pakar Bedah untuk lebih daripada 10 tahun. Beliau yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Ampang dan Pusat Perubatan UKM ini juga merupakan mantan pensyarah perubatan, penulis dan konsultant di beberapa institusi di Kuala Lumpur. Pengalaman yang luas ini juga menyebabkan beliau sering dijemput untuk memberi ucaptama dalam seminar dan acara di dalam dan luar negara.
Kini beliau berkhidmat di Hospital Colombia Asia Petaling Jaya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button