MalaysiaPolitik

Nurul Izzah Mangsa Agenda Reformasi?

Sebagai “Puteri Reformasi”, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah, telah mengalami semua percubaan dan kesusahan dalam dunia politik walaupun usianya belum menjangkau 40-an.

Ini termasuk menjadi saksi kepada peristiwa polis bersenjata menyerbu masuk ke rumahnya untuk menahan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghadapi kengerian melihat ayahnya dikenakan dua pertuduhan palsu; yang mana salah satunya telah diampunkan oleh Agong.

Semua orang tahu Nurul Izzah telah berhadapan dengan “raksasa” politik yang merupakan kerajaan Malaysia sendiri dan menanggung kesan-kesan kesakitan yang parah.

Temu bualnya yang terkini dengan The Straits Times Singapore menunjukkan bahawa Puteri Reformasi yang cekal itu tetap sedih dengan agenda reformasi yang kini bergerak perlahan.

Penyunting eksekutif Straits Times, Sumiko Tan telah bertanya kepada Nurul Izzah tentang apa yang menyebabkan beliau ‘patah hati’ dalam politik.

Nurul Izzah menjawab “terpaksa bekerja dengan bekas diktator yang telah melakukan begitu banyak kerosakan, bukan hanya pada kehidupan kita, tetapi sistem sendiri. Ia bukan sesuatu yang mudah.”

Ini merujuk kepada apabila bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke penjara pada tahun 1998.

Nurul Izzah juga berkata bahawa beliau benar-benar mahukan agenda reformasi menjadi tumpuan utama kerajaan memandangkan PKR kini menjadi salah satu daripada parti kerajaan.

“Dan saya sentiasa mempercayai bahawa terdapat kebaikan dalam diri setiap insan, tetapi sudah tentu, mereka perlu membuktikannya dengan manifestasi,” katanya.

Pada hari Jumaat, Nurul Izzah mengesahkan bahawa telah keluar daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Sebelumnya pada 15 Mac, Nurul Izzah mengeluarkan satu kenyataan di Twitter bahawa pengerusi PAC mestilah dari ahli pembangkang untuk mengekalkan akauntabiliti eksekutif.

Beliau juga telah mengumumkan pada Disember tahun lalu bahawa akan meletak jawatan dari semua jawatan parti PKR dan kekal sebagai “backbencher” parlimen yang komited untuk reformasi.

Adakah Nurul Izzah menjadi mangsa Reformasi atau beliau kini sedang memainkan agenda lain yang tidak diketahui sesiapa selain daripadanya sendiri?

Apapun, harus diakui setiap keputusan Nurul Izzah untuk kekal atau keluar dari politik kini menjadi kayu ukur tentang betapa cepat, mendalam dan sihat langkah reformasi demokrasi yang sedang berjalan.

Sekiranya Nurul Izzah meletak jawatan atau menyuarakan keputusan, keputusan itu pasti mempunyai natijah yang baik. Beliau telah mewakili suara Reformasi sejak 20 tahun yang lalu dan kehadirannya tidak boleh disia-siakan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker