AntarabangsaIsu Semasa

‘Mama, orang lain tidak akan membantu kehidupan kita. Jadi saya akan membantu mama’

Masih berusia 13 tahun tetapi Reymark Cavesirano terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk menampung keperluan diri dan kedua atuk dan neneknya setelah ditinggalkan oleh sang ibu.

Pekerjaannya di hujung minggu itu bukanlah pekerjaan biasa-biasa seperti menjual barangan tetapi Reymark perlu menaiki perahu kecil yang diperbuat oleh kayu dan styrofoam yang terbuang dan menggunakan kedua telapak tangannya untuk belayar selama sejam ke kapal nelayan, tempat Reymark bekerja.  

Di atas kapal nelayan tersebut, Reymark bekerja dengan lelaki dua kali ganda umurnya. Reymark akan membantu para nelayan di atas kapal besar ini dengan membersihkan jaring dengan mengeluarkan ikan yang tersekat di antara alat mereka.

Reymark akan mengambil ikan ini sebagai upah dan akan kembali mengayuh tangan menelusuri Manila Bay dan menjual hasil kutipannya itu untuk membeli makanan dan ubat-ubatan untuk keluarganya. 

“Tulang belakang saya selalunya sakit kerana harus berkayuh tetapi saya tidak boleh berhenti. Saya perlu meneruskannya kerana kami perlu makan,” kata Reymark. 

Reymark yang masih bersekolah tinggal bersama kedua nenek dan atoknya di bawah buluh dan plastik dalam sebuah komuniti setinggan berdekatan Manila Bay.

Nenek Reymark, Remedios Santos tidak bersetuju dengan pekerjaan cucunya itu kerana risiko yang perlu dia harungi merentasi air namun Reymark tetap mahu melakukannya.

“Saya sudah cakap ianya bahaya tetapi dia akan kata ‘Mama, orang lain tidak akan membantu kehidupan kita. Jadi saya akan membantu mama’,” cerita Remedios yang berusia 55 tahun dan masih bekerja sebagai pemulung.

Pada hari yang baik, Reymark boleh membawa pulang satu kilo beras yang cukup untuk mereka sehari dan 300-400pesos (RM24-RM32).

Di Filipina, satu daripada lima rakyatnya tinggal dalam keadaan daif dan pada puratanya mereka bergaji USD$2 (RM8) sehari.

Dengan duit hasil jualan ikan Reymark juga dia membantu atoknya membeli ubat tuberkulosis dan untuk menampung elaun seminggu untuk dirinya di sekolah.

Reymark yang mula bekerja di atas kapal nelayan ini sejak berusia 10 tahun setelah belajar berenang dari abangnya menanam impian untuk menghabiskan sekolah dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

“Saya mahu membalas kebaikan atok saya. Saya mahu mereka tinggal dalam rumah tiga tingkat yang diperbuat daripada konkrit,” kata Reymark.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker