Teknologi

Ammobox Studio Terima Dana Bangun Permainan Video Buatan Malaysia

Pembangun permainan popular Fortnite, Epic Games telah melancarkan dana buat pembangun permainan video indie melalui program Unreal Dev Grants.

Selain mencipta Fortnite, Epic Games juga membangunkan game engine (enjin permainan) yang di panggil Unreal Engine; di mana ia digunakan banyak pembangun kreatif untuk permainan video, filem dan banyak lagi.

Dana yang bernilai ASD$500,000 (RM2 juta) ini akan diberikan kepada beberapa pembangun terpilih untuk mengembangkan lagi permainan mereka berdasarkan potensi permainan video tersebut.

Salah satu penerima dana tersebut adalah Ammobox Studio, sebuah studio pembangun permainan video dari Malaysia yang kini sedang membangunkan Eximius: Seize The Frontline.

Eximius: Seize The Frontline merupakan sebuah permainan video multiplayer memfokuskan kepada hibrid permainan FPS (First Person Shooter) dan RTS (Real Time Strategy) yang mengambil masa pembangunan selama 2 tahun dan dilancarkan dalam Steam Early Access pada September tahun lepas.

Gabungan ini memberikan pilihan kepada pemain untuk menukar di antara dua cara permainan: bermain sebagai komander yang bertanggungjawab ke atas kubu dan askar seperti permainan Command & Conquer atau Starcraft; atau sebagai pegawai yang bertempur secara FPS seperti permainan Call of Duty atau Counter Strike.

Ammobox Studio telah terpilih dan menerima dana sebanyak AS$25,000 (RM102,000) melalui program ini.

Studio ini yang sebelumnya pengguna Unreal Engine dan kini menggunakan Unreal Engine 4 turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Epic Games yang memilih mereka untuk dana ini dan terus memberikan sokongan tidak putus-putus bagi menjayakan permainan mereka.

Sumber: MyGameOn

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker