AntarabangsaIsu Semasa

Jacinda Ardern: Tokoh Pemimpin Yang Diperlukan Dunia

Minggu lalu menyaksikan New Zealand bertukar daripada sebuah negara yang aman menjadi tapak serangan pengganas. Dalam tragedi terbabit, Perdana Menteri negara itu, Jacinda Ardern muncul sebagai tokoh pemimpin yang mula diperhatikan oleh dunia luar.

“New Zealand adalah rumah mereka. Mereka adalah kami,” itulah pendirian Ardern terhadap mangsa serangan pada 15 Mac, yang dilakukan oleh seorang pendukung ketuanan orang putih yang menyerang dua masjid di Christchurch, membunuh 50 orang dan mencederakan ramai lagi.

Selepas serangan itu, Ardern yang berusia 38 tahun telah menarik perhatian dunia dan menerima pujian dari warga New Zealand sendiri dan orang luar yang memuji kepimpinannya sebagai kuat dan penuh belas kasihan di tengah-tengah krisis yang menduga.

“Kami dipilih bukan kerana menyokong keganasan dan ekstremisme. Kami dipilih kerana hakikatnya kami tidak menerima perbuatan sedemikian,” kata Ardern.

“Kami mewakili diversiti, kasih sayang dan keterbukaan. Dan nilai-nilai ini tidak akan berubah oleh serangan yang berlaku,” tambahnya.

Related image

Dalam pertemuan pertama beliau dengan masyarakat Islam pada hari Sabtu (16 Mac), Ardern memakai tudung hitam dan memeluk ahli keluarga mangsa yang bersedih.

“Kami turut merasakan apa yang telah berlaku kepada anda. Kami merasakan kesedihan. Kami merasa ketidakadilan. Kami berasa marah. Dan kami berkongsi dengan anda,” kata Ardern kepada ahli keluarga mangsa.

Ardern juga dengan cepat telah menyalurkan emosinya dalam bentuk pelaksanaan. Beliau berjanji bahawa undang-undang senjata negara akan berubah dalam tempoh 10 hari dari serangan itu.

Pengendalian kekejaman keganasan di Christchurch itu benar-benar luar biasa, pengulas politik Bryce Edwards memberitahu dpa.

“Walaupun ada keraguan sebelumnya mengenai pengalaman dan kemampuan Ardern, keraguan ini telah disangkal dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian itu,” kata Edwards.

“Ardern mempamerkan sisi sensitifnya namun kekuatannya terserlah. Cara beliau menangani isu ini mempamerkan kecerdasan emosional yang luar biasa dan kemahiran kepimpinan semulajadinya.”

Di peringkat antarabangsa, terutama di kalangan negara Islam, reputasi Ardern semakin meningkat selepas serangan itu.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan memuji Ardern di Washington Post, menulis, “Semua pemimpin Barat harus belajar dari keberanian, kepemimpinan dan keikhlasan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, untuk menjaga umat Islam yang menetap di negara masing-masing.”

Related image

Pada 2017 Ardern adalah timbalan presiden kepada sebuah parti pembangkang, Parti Buruh. Beliau kemudian mengambil alih sebagai ketua Parti Buruh tujuh minggu sebelum pilihan raya September 2017, dan sikap positifnya menawan hati pemilih New Zealand untuk mengundinya.

Enam hari sebelum menjadi Perdana Menteri, Ardern mendapati bahawa dirinya hamil anak pertama dengan pasangannya, seorang pengacara TV, Clarke Gayford.

Sejak itu, beliau telah menjadi pemimpin politik pertama yang melahirkan anak semasa berkhidmat sejak tahun 1990, dan telah mencipta sejarah sebagai pemimpin dunia pertama yang menghadiri mesyuarat perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama seorang bayi.

Baru-baru ini, Ardern mempamerkan kewibawaan politiknya di pentas dunia di Forum Ekonomi Dunia di Davos.

“Saya berharap pemimpin-pemimpin lain akan melihat tetapan dasar domestik yang lebih mesra sebagai alternatif yang menarik berbanding janji palsu perlindungan dan pengasingan,” kata Ardern.

Ardern dikenali sebagai seorang yang tegas dengan sifat lucu yang baik dan didorong oleh keinginan untuk hak asasi manusia dan keadilan sosial. Beliau membesar dalam satu-satunya keluarga Mormon di sebuah bandar kecil dan menggambarkan dirinya sebagai seorang idealis yang pragmatik.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker