Isu SemasaTempatan

Pemburu Haiwan Eksotik Perlu Dihukum Dengan Memakai Alat Pengesan Elektronik!

Di Malaysia penjualan haiwan eksotik ini ada yang mendapat lesen PERHILITAN dan selalunya mereka akan menjual haiwan seperti ular, iguana dan biawak. Namun begitu, kini terdapat tren baharu penjualan haiwan eksotik haiwan liar yang biasanya dijumpai di hutan sahaja.

Ada yang menjual burung hantu, kongkang, lutong, kucing hutan dan semua ini boleh didapati dengan mudah melalui kedai atas talian. Perkara ini sangat membimbangkan kerana kebanyakan haiwan yang dijual adalah haiwan juvana.

Haiwan Diambil Dari Sang Ibu Tanpa Belas Kasihan

Haiwan-haiwan tidak bersalah ini diambil daripada ibu atau keluarganya untuk tujuan perdagangan. Orang yang membelinya pula dengan bangga mempamerkan haiwan yang “peliharaan” mereka ini.

Menurut SinarHarian, aktiviti ini membawa keuntungan yang banyak dan termasuk dalam 10 aktiviti jenayah yang membawa pulangan tinggi selain dadah dan kini haiwan memerang menjadi antara haiwan yang mendapat permintaan.

Melalui sebuah kajian oleh Jaringan Pemantau Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) Asia Tenggara, sebanyak 1189 ekor memerang hidup ditawarkan di media sosial dalam jangka masa lima bulan dan 18 ekor daripadanya boleh dibeli di Malaysia.

Masih Sukar Menangkap Dalang Di Malaysia?

Walaupun jenayah ini semakin membimbangkan, tetapi ia adalah sukar untuk menangkap pesalah dengan hidupan eksotik yang dimilikinya.

Malah kerana ia melibatkan aktiviti jenayah multimedia, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), polis, dan agensi lain harus bekerja dengan Jabatan Hidupan Liar agar dalang di sebalik jenayah ini ditangkap.

Bagi Pegawai Kanan TRAFFIC Asia Tenggara, Elizabeth John, beliau berharap Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 akan dipinda segera untuk melarang penawaran hidupan eksotik terlindung dalam talian.

Malaysia juga tidak terlepas daripada aktiviti pemburuan haram haiwan yang tidak bersalah.

Mungkin sudah tiba masanya Malaysia harus mengikuti jejak langkah Thailand dalam membendung aktiviti jahat ini?

Pemburuan haram haiwan yang dilindungi yang ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand harus memakai alat pemantau elektrik (EM) sama ada pada pergelangan tangan atau kaki supaya pihak berkuasa boleh memantau pergerakan mereka setelah mereka ditangkap melakukan pemburuan haram.

 

Polis Thailand telah menangkap 495 pemburu haram di hutan Khlong Muey, Taman Negara Khao Sok, Surat Thani dan sejak daripada itu kesemua daripada mereka termasuk 28 wanita telah memakai EM.

 

Mereka dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dan berada dalam tempoh pemulihan selama 30 hari sejak 1 Januari.

Menurut polis seramai 335 pesalah telah melepasi tempoh tersebut dan dibebaskan daripada “rantai” tetapi 160 pesalah lagi masih belum lagi dibebaskan.

Pesalah-pesalah ini telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman tersebut setelah ditangkap memburu katak gergasi Asia yang juga dikenali sebagai katak sungai ‘Blyth’ atau kob tood dalam Bahasa Thai.

Mereka dijatuhkan hukuman dua tahun penjara dan setahun tempoh pemilihan di mana mereka perlu melapor diri kepada pihak berkuasa lapan kali dalam masa dua tahun dan melakukan kerja khidmat sosial selama 48 jam.

Mereka juga tidak dibenarkan memasuki Khlong Muey selama 30 hari. Oleh sebab itu mereka diwajibkan memakai EM.

Di Thailand, katak gergasi ini diburu untuk makan dan pemerdagangan. Katak betina ini adalah lebih besar dan boleh mencecah 10 inci.

 

Sumber Imej Terencana: HarianMetro

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker