Sukan

Apa Itu Olimpik Khas Dan Perbezaannya Dengan Paralimpik

Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019 telah berjaya meraih lima pingat emas, enam perak dan tiga gangsa selepas merangkul tiga emas dan dua perak pada hari terakhir temasya itu semalam.

Kejohanan sukan yang berlangsung dari Mar 14, 2019 sehingga  Mar 21, 2019 itu telah memperlihatkan skuad golf negara mempamerkan aksi cemerlang di Yas Links, apabila berjaya meraih tiga emas menerusi Zulhilmi Zolkiffly dalam kategori kemahiran individu lelaki divisyen 3 dan Nur Iman Izzad Md Noor dalam divisyen 5 bagi acara sama, manakala Muhammad Jumaidi Yusof dan Hadi Irfan Mohamed Rahaizah merangkul emas acara unified sports alternate shot team play, divisyen 1.

Sementara itu, Devakausalya dan Siti Rohimah Mohd Nizam masing-masing memenangi pingat perak melalui acara lompat jauh wanita divisyen F2 dan F9.

Emas pertama negara diperoleh melalui Nurasmah Mohd Shah dalam acara bocce wanita individu pada Isnin dan pada Selasa, Muhammad Haziq Rizal menyumbang emas kedua dalam acara Equestrian B1 ‘dressage’.

Muhammad Haziq bersama emas dimenanginya. Foto: Bernama Radio.

Namun besar kemungkinan daripada kita tidak tahu perbezaan di antara Kejohanan Paralimpik dan Olimpik Khas.

 

Perbezaan antara Kejohanan Paralimpik dan Olimpik Khas

Menurut Jennifer Hoover yang bekerja untuk Sukan Olimpik Khas, kedua-dua pertandingan sukan ini adalah lebih kurang sama kerana kedua-duanya memfokuskan sukan untuk atlet kelainan upaya yang diadakan oleh pertubuhan bukan keuntungan antarabangsa.

Ia dijalankan oleh dua badan induk yang berlainan. Sukan Paralimpik dikelolakan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang memiliki anggota seramai 160 orang ari serata dunia.

Mereka diwakili oleh Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan dan lima organisasi dengan kekurangan yang spesifik manakala Olimpik Khas dikelolakan oleh Olimpik Khas Antarabangsa (SOI) yang mendapat dana dari sumbangan.

Tiga kunci utama yang membezakan dua sukan ini ialah:

1. kategori mengikut kekurangan atlet tersebut
2. kriteria di mana atlet mengambil bahagian
3. struktur organisasi masing-masing

Paralimpik merupakan kejohanan yang lebih besar untuk paraatlet kebangsaan kerana ia mengambil kira lebih banyak kategori.

Terdapat enam kategori dipertandingkan dalam Kejohanan Paralimpik iaitu amputee, cerebral palsy, kecacatan intelektual, cacat penglihatan, kecederaan tulang belakang dan Les Autres (Bahasa Perancis untuk “yang lain”, kategori yang merangkumi syarat-syarat yang tidak termasuk dalam kategori yang dinyatakan sebelum ini).

Bagi Kejohanan Olimpik Khas pula adalah untuk atlet yang mempunyai kelainan upaya dari segi intelektual.

Manakala untuk memasuki Sukan Paralimpik, atlet perlu memenuhi kriteria dan piawaian tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan.

Kriteria dan piawaian ini adalah khusus kepada sesuatu sukan dan ditentukan oleh Pengerusi Sukan IPC, Perwakilan Teknikal Sukan dan pertubuhan sukan antarabangsa yang relevan. Ianya sebuah proses kelayakan yang lebih ketat supaya hanya yang terbaik akan bertanding pada peringkat Paralimpik.

Bagi melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik Khas, tiada perbezaan ketara di antara atlet elite dan atlet rekreasi seperti Kejohanan Sukan Paralimpik.

Acara kelayakan tidak diadakan dan sebaliknya satu sistem pilihan peserta secara rawak diadakan. Sukan Olimpik Khas lebih memilih peserta berdasarkan kebolehan dan kemahuan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker