Ibu dan Anak

11 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Tanpa Ubat

Bila bayi tidak membuang air besar lebih dari sehari dua kebanyakan ibubapa akan mula panik kerana bayi yang kerap buang air besar sudah tidak membuang air besar.

Tetapi menurut BabyCenter, sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil terutamanya yang masuh menyusu badan.

Ia adalah biasa untuk bayi-bayi yang diberi susu ibu membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu.

Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul.

Bagaimana Sembelit Berlaku?

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sembelit sering terjadi kerana kurang cecair dalam badan bayi. Tetapi boleh juga kerana tabiat pemakanan yang kurang serat atau terlampau banyak produk tenusu.

Bagi bayi yang sudah mula makan makanan pejal, simptom sembelit ialah seperti berikut:-

1. meragam, sakit abdomen dan gastrik;
2. abdomen yang keras;
3. sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
4. najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
5. najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Simptom Sembelit Bayi Menyusu:

  1. Bayi menangis dan kelihatan tidak selesa
  2. Bayi mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari.

Ini dia cara mengatasi anak sembelit tanpa menggunakan ubat:-

1. Baringkan bayi dan urutkan abdomen

2. Gerakkan kaki mereka seperti mengayuh basikal untuk merangsang pergerakan najis dalam usus


3. Bagi bayi yang sudah minum susu formula, cuba tukar jenama susu yang lebih sesuai dengan proses penghadaman anak anda.
4. Boleh cuba memberikan susu soya bagi kanak-kanak berusia 1-12 tahun.
5. Bagi bayi 6 bulan ke atas boleh berikan buah prun, pic, plum, aprikot atau pear dalam bentuk puri.
6. Kurangkan nasi putih dan cuba gantikan dengan beras perang kerana ia lebih mengandungi serat.
7. Mengehadkan pengambilan gula bagi anak kecil 2 tahun ke bawah ini termasuk minuman coklat atau air kotak.
8. Elak beri biskut atau makanan bayi segera
9. Makanan segera seperti kentang goreng pula memiliki kandungan garam yang tinggi. Jika diambil berlebihan, tubuh terpaksa menyerap air daripada usus untuk mengimbangi lebihan garam dalam darah.
10. Buah pisang oleh menyebabkan bayi sembelit apabila mencubanya buat pertama kali. Jadi cuba dulu dalam kuantiti yang kecil dan perhatikan keserasiannya dengan bayi anda.
11. Jangan beri coklat atau kafein. Coklat adalah antara makanan yang paling mudah menyebabkan sembelit kerana kandungan lemaknya yang tinggi memperlahankan proses pencernaan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker