Sukan

Ramai Jurulatih Malaysia Berkhidmat Untuk Negara Lain Kerana Lebih Dihargai?

“Jurulatih Malaysia mahu lebih diiktiraf dan dihargai.”

Inilah pandangan dari seorang pemain antarabangsa yang percaya bahawa jika perkara ini tidak berlaku, lebih ramai yang akan keluar negara untuk mencari peluang.

Bekas pemain Olimpik yang pernah menjadi jurulatih untuk pasukan kebangsaan dan tidak mahu mendedahkan namanya itu berkata kepada NST,”kita memiliki kualiti dan pakar tetapi adakah kita mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya?

“Saya tidak mahu menamakan sesiapa tetapi lihat bagaimana jurulatih antarabangsa dilayan di sini (Malaysia) dan kemudian bandingkannya dengan jurulatih tempatan.

“Ia sukar untuk mendapatkan jurulatih tempatan dengan gaji RM20,000 sebulan tetapi jurulatih dari negara luar akan mendapat dua kali ganda nilainya.

“Bagaimana seseorang boleh menjelaskan keadaan ini? Saya tidak melihat kesan signifikan terhadap jurulatih asing ini.

“Adakah kerana jurulatih tempatan telah menerima peluang yang diberikan oleh negara luar?”

Melihat kepada negara matahari terbit, Jepun yang telah berjaya menaikkan status pemain badminton negara tersebut sehingga menjadi antara pasukan kuat dalam badminton telah mendapatkan khidmat jurulatih dari Malaysia.

Ia terbukti sewaktu pasukan Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas di New Delhi pada tahun 2014, tiada siapa mengetahui insan bernama Mohamad Izuan Ibrahim yang menjadi tulang belakang pemain yang kini menduduki tangga pertama dunia, Kento Momota.

Tiga tahun setelah itu, mantan jurulatih beregu campuran BAM, Jeremy Gan turut mengikuti jejak langkah dengan bergabung dengan pasukan Japan BA.

Jeremy berjaya membantu Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang berada pada no.3 ranking dunia untuk menjadi juara All England.

Jeremy Gan bersama bergu campuran Jepun

Di bawah bimbingan ketua jurulatih, Park Joo Bong, Jepun telah berjaya menunjukkan kehebatan mereka dengan kemaraan di peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber yang berlangsung di Bangkok tahun lalu.

Pasukan wanita mereka telah berjaya mengalahkan Thailand 3-0 dan menjulang Piala Uber tetapi pasukan lelaki mereka tewas kepada China 3-1 untuk merangkul Piala Thomas.

Salah seorang bekas pemain kebangsaan Lee Wan Wah turut mengambil pelawaan menjadi jurulatih Jepun dan bakal bersama pasukan junior Jepun bulan hadapan.

Perkara ini tidak berhenti di situ sahaja. Khabar angin juga mengatakan bahawa jurulatih pasukan beregu, Tan Kim Her juga bakal bersama dengan pasukan kebangsaan Jepun tidak lama lagi.

“Nama-nama ini hanya merupakan segelintir daripada jurulatih yang handal kita miliki. Mereka semua telah meneruskan kerjaya di luar negara dan terdapat ramai lagi yang berada di luar negara.

“Faktor utama mengapa mereka lebih tertarik untuk berkhidmat diluar negara ialah sudah tentu kerana pakej gaji yang ditawarkan. Selain itu terdapat juga kemudahan yang diberikan beserta pekerjaan yang ditawarkan. Jurulatih-jurulatih ini dijaga dengan baik, mereka menerima elaun yang lumayan dan sangat dihargai.

“Ramai lagi jurulatih tempatan yang menerima tawaran ke luar negara tetapi ada yang lebih selesa untuk berada di tanah air sendiri.

“Saya masih tertanya-tanya sama ada pertubuhan kebangsaan melihat perkara ini? Keadaan badminton Malaysia ini terumbang-ambing dan pada masa yang sama negara luar sedang mengambil jurulatih yang kita miliki.

“Sesuatu perlu dilakukan, saya tidak pasti siapa yang berkuasa dalam hal ini tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan. Jika tidak ia hanyalah sebuah impian untuk mendapatkan ekosistem yang baik,” kata sumber tersebut.

Selain daripada Jeremy, Wan Wah dan Kim Her yang telah meninggalkan negara untuk mendapatkan peluang yang lebih baik, seorang lagi nama ialah Wong Tat Meng, bekas jurulatih perseorangan wanita Malaysia.

Tat Meng, yang pernah berkhidmat dengan persatuan badminton Indonesia pada tahun 2011 dan pasukan kebangsaan Scotland pada tahun 2016, baru-baru ini menyertai persatuan badminton Korea Selatan sebagai jurulatih pemain perseorangan mereka.

Sumber Imej: Instagram @tatmeng_wong bersama pasukan Scotland

“Kita harus memiliki garis panduan yang lebih baik, itulah apa yang saya rasakan dan jawatan jurulatih yang ditawarkan perlu diberikan berasaskan merit.

“Saya rasa kualiti jurulatih di Sekolah Bukit Jalil juga boleh dipersoalkan. Adakah jurulatih ini berkelayakan? Saya percaya terdapat lebih ramai lagi jurulatih yang berkemampuan di luar sana.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, jurulatih Malaysia perlukan lebih pengiktirafan dan penghargaan.

“Ia bakal menyedihkan untuk melihat Jepun mendominasi Olimpik tahun hadapan bersama jurulatih Malaysia,” tambahnya lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker