AntarabangsaIsu Semasa

Bagaimana Keadaan Kehidupan Orang Yahudi Di Indonesia?

Indonesia merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai populasi Muslim yang terbesar di dunia, dengan kira-kira 222 juta orang.

Populasi keseluruhan Indonesia adalah seramai 260 juta penduduk, dan terdapat sebilangan kecil, atau lebih khusus 200 orang, daripada jumlah itu adalah bangsa Yahudi.

Manado di pulau Sulawesi merupakan antara kawasan yang menjadi tempat kediaman orang Yahudi di negara itu.

Walau bagaimanapun, bangsa yahudi yang menetap di Indonesia dilaporkan terpaksa ‘menyimpan’ identiti mereka kerana sering dinganggu.

Salah seorang yang pernah mengalami pengalaman buruk adalah lelaki bernama Yaakov Baruch. Yaakov adalah seorang Rabbi di synagogue yang merupakan tempat ibadah Yahudi.

Difahamkan, Shaar Hasyamayim adalah satu-satunya pusat ibadah Yahudi yang wujud di Indonesia selepas sebuah lagi synagogue di bandar Surabaya diruntuhkan pada tahun 2013.

Beberapa tahun sebelum ini juga, Yaakov dia pernah menerima ancaman kematian dan turut digelar sebagai “Yahudi gila” ketika berjalan dalam sebuah pusat membeli beliah bersama isterinya yang sedang hamil pada waktu itu.

Peristiwa tersebut telah menyebabkan Yaakov untuk tidak lagi memakai penutup kepala atau ‘kippah’ di tempat awam.

“Ia (gangguan) tidak pernah berlaku lagi kerana saya pilih untuk menyembunyikan identiti saya di tempat awam,” katanya.

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN CETUS FENOMENA ANTI-YAHUDI

Pergolakan di Timur Tengah, khususnya di antara Israel dan Palestin telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan ketegangan keagamaan di Indonesia.

Ribuan puak konservatif telah mengadakan protes besar-besaran di Jakarta pada tahun lepas susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk memindahkan kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis.

“Masih terdapat banyak sentimen anti-semitik (anti-Yahudi) di Indonesia.

“Secara umumnya, ramai rakyat Indonesia masih tidak tahu membezakan di antara Yahudi dan Israel. Mereka berfikir bahawa Yahudi dan Israel adalah musuh agama dan negara mereka,” kata Yaakov.

Sementara itu, usaha Monique Rijkers, pengasas Hadassah Indonesia – sebuah badan bukan keuntungan yang menawarkan pendidikan budaya yang memfokuskan Israel, Yahudi, dan Holocaust – untuk mengadakan program televisyen tentang agama Judaisme telah dibantah oleh Persatuan Pelajar Islam di negara itu.

“Mereka telah menggesa pemecatan saya dan pembatalan program tersebut,” kata Rijkers.

Bukan itu sahaja, malah sesetengah warga Muslim Indonesia yang berminat untuk mempelajari tentang perkara-perkara berkaitan Yahudi juga telah mengundang pelbagai keraguan.

Sapri Sale, seorang individu yang mengajar bahasa Hebrew di Jakarta pada tahun lalu, telah mempelajari bahasa itu sejak tahun 1990 lagi dan menerbitkan kamus dwibahasa  yang pertama dalam bahasa Hebrew-Indonesia.

Namun, usaha itu tidak menerima sambutan yang baik oleh kebanyakan orang.

“Saya telah digelar sebagai Sapri, Si Yahudi”,” ujarnya.

Sumber: Straits Times – AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button