AntarabangsaIsu Semasa

Wira Christchurch Serta Senarai Nama Mangsa Meninggal Dunia

Tragedi hitam di Christchurch, New Zealand tidak akan luput diingatan kita semua. Setakat ini 50 mangsa telah meninggal dunia akibat insiden tembakan di dua masjid yang mana suspek utamanya, seorang warganegara Australia, Brenton Tarrant berusia 28 tahun telah ditahan dan bakal dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April akan datang.

Setelah beberapa hari berlalu, dua lelaki yang diangkat sebagai hero tragedi pahit tersebut telah kembali ke masjid Linwood, Christchurch dalam sebuah majlis ‘pembersihan’ tradisi kaum Maori.

Imam masjid Linwood, Abdul Lateef Zirullah yang lebih dikenali sebagai ‘Brother Lateef’ tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kesedihan yang menyebabkan ramai orang disekelilingnya menenangkannya termasuk seorang pegawai polis.

Gambar Imam Lateef yang berlumuran darah tersebar luas semasa insiden yang dilihat sebagai ‘hari paling gelap’ untuk New Zealand.

Gambar Imam Lateef yang berlumuran darah tersebar luas semasa insiden yang dilihat sebagai ‘hari paling hitam’ untuk New Zealand.

Beliau yang merupakan orang pertama melihat Brenton Harrison Tarrant melalui tingkap masjid pada mulanya memikirkannya penembak tersebut adalah seorang pegawai polis tetapi setelah melihat seorang wanita yang baring kaku dan mendengar pemegang senapang itu menjerit menggunakan perkataan kesat, beliau terus menyedari sesuatu perlu dilakukan.

Imam Lateef memberi amaran pada para jemaah yang pada awalnya tidak memahami keadaan yang sedang berlaku sehingga satu tembakan kedengaran dan tingkap pecah bersama mayat jatuh.

Abdul Aziz, 48 tahun yang melihat amaran oleh Imam Lateef bertindak dengan berlari keluar sambil menjerit ‘Datang sini!’ dan mengambil barang pertama yang dijumpainya iaitu sebuah mesin kad kredit Eftpos.

dua lelaki yang diangkat sebagai hero tragedi pahit tersebut telah kembali ke masjid Linwood, Christchurch

Abdul Aziz berkata, ketika lari keluar sambil menjerit, dan berharap dapat mengalihkan perhatian penyerang.

Katanya, ketika pengganas lari semula ke kereta untuk mendapatkan satu lagi senapang, beliau membaling mesin kad kredit ke arahnya.

Penyerang tersebut kembali dan melepaskan tembakan, kata Abdul Aziz yang berkata beliau lari di celah kenderaan, menghalang Tarrant daripada melakukan tembakan langsung. Kemudian Abdul Aziz melihat senjata ditinggalkan penyerang dan mengambilnya, menghalakannya ke arah penembak dan memetik picu namun kosong.

Katanya, penyerang kembali semula ke kenderaan buat kali kedua, kemungkinan mengambil satu lagi senjata.

“Dia masuk ke dalam kereta dan saya baharu mendapat senjata dan membalingnya ke arah tingkap seperti panah sekali gus memecahkannya. Tingkap tersebut pecah dan merasa takut,” katanya.

Video dalam talian menunjukkan pegawai polis berjaya memaksa kenderaan dinaiki pengganas berhenti dan menyeretnya keluar tidak lama kemudian.

Abdul Aziz yang berasal dari Kabul, Afghanistan meninggalkan negara itu ketika masih kanak-kanak dan tinggal lebih 25 tahun di Australia sebelum berpindah ke New Zealand dua tahun lalu.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa takut ketika berdepan penyerang.

“Ia seperti ‘autopilot’. Saya percaya Allah tidak fikir ia masa untuk saya mati,” katanya.

Mian Naeem Rashid, 49 tahun

Terdapat seorang lagi wira Chirstchurch yang mendapat bakal mendapat anugerah nasional dari Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan kerana bertindak berani cuba merampas senjata suspek utama.

Mian Naeem Rashid, 49 tahun cuba menewaskan penyerang selepas menerkam suspek dalam usaha menyelamatkan nyawa jemaah lain. Beliau bagaimanapun mengalami kecederaan parah dan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.

Rashid berasal dari Abbottabad, sebuah bandar di Pakistan dan bekerja di sebuah bank swasta sebelum berpindah ke Christchurch untuk berkhidmat sebagai guru.

Apa yang lebih tragik, anak lelaki mangsa berusia 21 tahun, Talha Naeem turut terkorban dalam pembunuhan itu.

Terdahulu seorang jemaah yang terselamat memberitahu, seorang lelaki menjatuhkan penyerang berkenaan dan mencuri satu senjata milik penyerang sebelum melarikan diri.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menulis di Twitternya pada hari Ahad yang lalu bahawa Pakistan berbangga dengan Mian Naeem Rashid yang telah mati syahid cuba mengatasi pengganas supremasi putih dan keberaniannya akan diiktiraf dengan anugerah kebangsaan.

AlJazeera turut berkongsi sedikit latar belakang tentang mangsa-mangsa penembakan Christchurch. Mereka yang meninggal dunia merupakan guru, jurutera dan akauntan.

Ada yang telah bermigrasi ke New Zealand berpuluh tahun lalu untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan ada yang hanya berada di negara tersebut hanya untuk melawat.

Menurut anggota keluarga mangsa, kebanyakan daripada mereka meninggal dunia kerana cuba untuk melindungi orang lain.

Mangsa yang telah dikenalpasti berasal daripada Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, India dan Mesir.

Antara mangsa trajedi Christchurch, New Zealand ialah:-

Haji Daoud Nabi, 71 tahun.

Beliau merupakan antara mangsa terawal yang disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu. Haji Daoud lahir di Afghanistan tetapi meninggalkan negara kelahirannya pada tahun 1979 untuk melarikan diri dari penaklukan Soviet.

Di Chistchurch, beliau telah mengendalikan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘Afghan Association’ (Persatuan Afghan) untuk membantu pelarian memulakan hidup baharu.

Haji Daoud yang juga merupakan seorang jurutera telah meninggalkan empat anak lelaki, seorang anak perempuan dan sembilan cucu yang dikasihi.

Anak Haji Daoud, Yama Nabi, 43 tahun berkata ayahnya terbunuh kerana telah melompat dan melindungi nyawa orang lain semasa insiden tembakan sedang berlaku. Salah seorang rakan Yama berulang kali mengatakan kepadanya,”Ayah awak telah menyelamatkan nyawa saya”.

Dr. Abdus Samad, 67 tahun.

Beliau dikenali sebagai seorang yang warak dan berasal dari Madhur Hailla, sebuah perkambungan di daerah Kurigram, Bangladesh.

Dilahirkan pada 23 Februari 1953, Dr Abdus merupakan seorang pensyarah di Pusat Pembangunan Pertanian Bangladesh dan setelah bersara pada Disember 2012, beliau sekeluarga telah berpindah ke New Zealand.

Setelah mendapat kewarganegaraan New Zealand, Dr Abdus bekerja sebagai profesor di Lincoln University, Christchurch.

Hosne Ara Parvin, 42 tahun.

Hosne yang berasal dari Sylhet, Bangladesh terbunuh apabila hendak melindungi suaminya yang berkerusi roda.

Menurut anak buahnya, setiap solat Jumaat Hosne akan membawa suaminya untuk Solat Jumaat di masjid dan meninggalkannya di ruang solat lelaki.

Namun setelah mendengar tembakan, Hosne bergegas untuk menyelamatkan suaminya yang berkerusi roda tetapi telah terkena tembakan senjata pembunuh.

Areeb Ahmed, 26 tahun.

Allahyarham merupakan akauntan bertauliah yang baru sahaja bekerja di PwC New Zealand untuk menampung ahli keluarganya di Karachi, Pakistan.

Menurut Kementerian Luar Negara Pakistan, jenazah Areeb akan dihantar ke Karachi dalam beberapa hari yang mendatang.

Lilik Abdul Hamid, 58 tahun

Lilik Abdul Hamid merupakan seorang jurutera penyelenggaraan pesawat untuk Air New Zealand selama 16 tahun. Almarhum meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Atta Mohammed Elayyan, 33 tahun.

Allahyarham merupakan penjaga gol untuk pasukan futsal kebangsaan New Zealand. Beliau yang berasal dari Palestin merupakan di antara enam warga asal Palestin yang telah meninggal dunia.

Dilahirkan di Kuwait, Etta telah menjadi ayah dan menjadi anggota terkenal dikalangan warga industri teknologi Christchurch.

Beliau yang juga merupakan pengasas bersama sebuah syarikat teknologi, LWA Solutions dan memegang jawatan CEO telah meninggalkan kesan yang mendalam untuk warga bola sepak New Zealand dan rakan-rakan lainnya.

Maheboob Khokhar, 65 tahun.

Mahebob yang merupakan warganegara India ialah seorang pengurus bersara di stesen janakuasa Gujarat dan berada di Christchurch untuk melawat anaknya Imran Khokar, 27 tahun. Ia merupakan lawatannya yang pertama untuk melihat anaknya yang telah bermigrasi ke New Zealand pada tahun 2010.

Mahebob yang seharusnya pulang ke India bersama isterinya, Akhtar Begum pada hari Ahad telah tewas setelah anaknya menurunkannya di perkarangan masjid Al Noor untuk mencari tempat letak kereta sebelum Akhtar mendengar jeritan.

Asif Vora, 56 tahun

Allahyarham juga ke New Zealand untuk menziarah anak lelakinya yang baharu sahaja mendapatkan anak dan baharu berusia 1 minggu. Anak Asif, Ramiz Vora, 28 tahun turut terbunuh dalam tembakan rambang tersebut Allahyarham Asif berasal dari Gujarat, India.

Ansi Alibava, 23 tahun.

Ansi merupakan seorang pelajar yang berasal dari Kerala telah berpindah ke New Zealand setahun yang lalu untuk belajar tentang pertanian di Lincoln University sementara suaminya bekerja di sebuah pasaraya di Christchurch. Beliau bersama suaminya berada di dalam masjid tetapi di dalam ruangan yang berbeza.

Mojammel Hoq, 30 tahun

Mojammel yang berasal dari Bangladesh telah bekerja selama tiga tahun di dalam bidang kesihatan dan menanam impian untuk kembali ke kampung halaman dan buka sebuah klinik untuk warga miskin.
Allahyarham sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.

Linda Armstrong, 65 tahun

Linda lahir di Barat Auckland dan telah berpindah ke Christchurch untuk bersama cucunya. Beliau telah memeluk agama Islam beberapa tahun yang lalu.

Mohsen Al-Harbi

Allahyarham telah ditembak lima kali semasa sedang solat di dalam masjid. Allahyarham merupakan warganegara Saudi tetapi menganggap New Zealand sebagai rumahnya sejak 25 tahun lalu. Allahyarham telah bertarung nyawa di hospital tetapi telah meninggal dunia di hospital.

Mohammed Imran Khan

Mohammed Imran telah meninggal tanah kelahirannya di India untuk menjalankan perniagaan dan berjaya memiliki restoran Indianya sendiri berdekatan masjid Lindwood di mana beliau telah dibunuh.

Tariq Omar, 24 tahun

Allahyarham telah diturunkan oleh ibunya di perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat setelah mendengar kejadian tembakan, ibunya yang baru sahaja memandu kebelakang masjid menunggu anaknya untuk keluar tetapi anaknya telah tewas menjadi mangsa tembakan pengganas tersebut.

Zulfirman Syah

Almarhum Zulfirman yang berasal dari Padang, Indonesia meninggal dunia apabila melindungi anak lelakinya daripada peluru yang disasarkan oleh pengganas. Beliau dibawa ke hospital dalam keadaan cedera parah tetapi meninggal dunia. Anak beliau terselamat dari kejadian.

Musa Patel

Musa Patel merupakan tokoh dan pemimpin masyarakat yang disegani. Beliau telah menghafal 30 juzuk alQuran dan baharu sahaja pindah ke Christchurch beberapa minggu yang lalu. Hampir seluruh hidupnya sebelum ini berada di kepulauan Fiji.

Kamel Darwish, 38 tahun

Kamel berpindah ke New Zealand baru enam bulan yang lalu sementara ahli keluarganya termasuk isteri dan tiga anaknya masih menunggunya kembali ke Jordan. Beliau baharu sahaja merancang membina kehidupan baharu dengan mencari pekerjaan dan rumah untuk membawa ahli keluarganya menetap di New Zealand.

Mangsa-mangsa lain ialah

Jahandad Ali, 34 tahun berasal dari Lahore, Pakistan
Mahboob Haroon, 40 tahun berasal dari Islamabad, Pakistan
Osama Adnan Abu Kweik, 37 tahun berasal dari Sempadan Gaza, Palestin
Sohail Shahid, 40 tahun berasal dari Pakistan
Abdul Fattah Qassim al-Daqqah, 59 tahun, bekas setiausaha Persatuan Islam Christchurch berasal dari Palestin
Ali Elmadani, 65 tahun, jurutera elektrik bersara, berasal dari Emiriah Arab Bersatu
Kamel Darwish, 38 tahun, berasal dari Jordan
Ozair Kadir, 25 tahun, warganegara India, seorang pilot dari bandar Hyderabad.
Munir Suleiman, 68 tahun berasal dari Mesir
Ahmed Jamal al-Din Abdul Ghani, 68 tahun berasal dari Mesir
Ashraf Morsi dari Mesir
Ashraf al-Masri dari Mesir dan jenazahnya akan dibawa semula ke Mesir pada hari Selasa.
Matiullah Safi berasal dari Afghanistan
Zeeshan Raza bersama ayah Ghulan Hussain dan ibunya Karam Bibi yang berasal dari Pakistan turut meninggal dunia.
Hamza Mustafa, 16 tahun bersama ayahnya Khaled Hajj Hassan
Muca Abdi, mangsa paling muda pada usia 3 tahun nyawanya diambil tanpa belas kasihan
Mohammed Omar Faruk, 36 tahun dari Bangladesh.
Basel dari Palestine
Syed Jahandad Ali, 34 tahun dari Pakistan.
Harron Hammood, berasal dari Pakistan dan merupakan pelajar PhD di Lincoln Unversity
Khaled Mustafa, merupakan pelarian Syria.
Hussein El Umari, 37 tahun berasal dari Iraq
Dr Amjad Hamid, 57 tahun berasal dari Palestin telah pindah ke New Zealand 23 tahun yang lalu dan merupakan doktor jantung.
Farhaj Ahsan, datang ke New Zealand untuk belajar dan akhirnya bekerja di Chrischurch sebagai jurutera IT.
Sayyad Milne, 14 tahun yang sering dilihat memegang sepanduk “semua orang menyayangi orang lain” semasa kecil
Ashraf Alie yang merupakan penduduk kepulauan Fiji
Hussein Moustafa, 70 tahun berasal dari Mesir.
Abdukadir Elmi, 70 tahun berasal dari Somalia telah pindah ke Christchurch 10 tahun lalu
Abdel Fattah Qassem
Abdullahi Dirie
, 4 tahun

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker