Teknologi

Apex Legends Perangi Penipu dan Penggodam

Pembangun permainan battle-royal , Apex Legends; Respawn Entertainment menentang keras terhadap penggodam dan penipu di dalam permainan ini.

Dengan lebih 50 juta pemain membanjiri Apex Legends dalam masa sebulan di dalam semua platform, Respawn akan bekerja keras untuk memastikan tiada penipuan berlaku.

Menurut Reddit baru-baru ini, pembangun permainan ini telah memberitahu mereka telah pun ‘ban’ seramai 355,000 pemain di PC berikutan penipuan.

Sebelum ini mereka turut menghentikan penyertaan kira-kira 16,000 pemain atas kesalahan yang sama. Iam mula diperkenalkan awal Februari lepas.

Bagi membendung perkara ini berlarutan, Respawn menggunakan servis Easy-Anti-Cheat yang berfungsi mengesan dan menghalang sebarang pengodaman/penipuan di dalam Apex Legends bagi platform PC. Servis ini juga dikatakan turut digunakan oleh permainan –permainan lain seperti Fortnite dan Division 2.

Pengurus komuniti Respawn Entertainment, Jay Frechette menjelaskan mereka dalam usaha untuk memerangi penipuan dan pengodaman. Mereka juga turut memantau permainan ini kerana menganggap kesalahan ini sesuatu yang serius dan memberikan masalah kepada pemain yang lain.

Antara masalah yang turut berlaku di dalam Apex Legends apabila pemain ‘spam’ di bahagian pemilihan watak semasa permulaan permainan dan ini akan mengakibatkan pemain akan terputus sambungan daripada sesi permainan itu.

Akibatnya, pemain mahukan Apex Legends mempunyai ‘reconnect feature’yang membolehkan mereka masuk ke perlawanan kembali sekiranya terkeluar.

Namun, Respawn enggan melakukannya kerana ia boleh mengakibatkan masalah penyalahgunaan dan memerlukan banyak sumber untuk bangun, uji dan lancar yang sepatutnya digunakan untuk seimbang isu-isu lain.

Disamping itu, pembangun juga bekerjasama dengan beberapa personel dari Nvidia dan AMD bagi memperbaiki isu ‘crash’ (permainan terhenti) dan kestabilan permainan yang dialami beberapa pemain PC.

Apex Legends merupakan sebuah permainan battle-royal yang kini mempunyai populariti yang sama seperti permainan Fortnite dan PUBG.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker