Gaya HidupPercutian

Merancang Percutian Lebih Rumit Untuk Generasi Milenium

Satu kajian baru-baru ini telah menemui bahawa satu daripada empat golongan milenium di Malaysia mendapati bahawa merancang percutian adalah sesuatu yang rumit dan menyusahkan.

Kajian oleh Hotels.com juga mendapati bahawa 22 peratus daripada generasi milenium menghabiskan lebih banyak masa merancang percutian mereka berbanding melakukan hubungan intim.

Laman tempahan hotel dalam talian itu mendedahkan bahawa pelancong Generasi Y mengalami “net lag” yang juga dikenali sebagai keletihan akibat melayari internet sambil meneliti tempat penginapan sebelum membuat tempahan bercuti.

Ironinya, walaupun waktu yang panjang digunakan untuk meninjau dan merancang perjalanan, 46 peratus golongan itu menempah percutian atau tarikh yang salah kerana terlalu banyak untuk ditangani.

Hotels.com juga mendedahkan bahawa produktiviti di tempat kerja merosot apabila mereka merancang percutian dengan hampir dua dalam lima golongan milenium mengaku menggunakan waktu pejabat untuk meninjau dan hampir sepertiga responden berkata mereka kurang melakukan  kerja ketika merancang percutian.

Penemuan menarik lain dari kaji selidik itu termasuk:

* Generasi milenium menjadi bosan hanya selepas 41 minit walaupun menghabiskan lebih dari 10 jam menyelidik percutian mereka

* 56 peratus lebih suka bercuti di tempat yang telah mereka kunjungi sebelum ini untuk mengelakkan kerja keras dan 22 peratus memutuskan untuk membatalkan percutian setelah melakukan tinjauan yang sukar

* 54 peratus mengatakan mereka sanggup membayar lebih mahal untuk mengelakkan daripada tepaksa melakukan tinjauan semula

* 49 peratus lebih suka menggunakan sumber yang dikenali seperti rakan dalam percutian kerana malas melakukan tinjauan dengan anggaran bayaran sekitar RM708 untuk kemudahan itu

* Sebelum membuat keputusan, 38 peratus daripada milenium mencari lebih daripada lima destinasi bercuti dan 99 peratus keputusan bergantung pada ulasan pelancong lain

Bersama-sama penemuan penyelidikan itu, Hotels.com turut mengumumkan pemenang Anugerah Kegemaran Tetamu 2019 dimana hotel telah diberi ganjaran berdasarkan tinjauan tetamu dan menjimatkan masa tinjauan untuk generasi milenium.

Sembilan daripada 3,120 hotel di seluruh dunia yang dinamakan Paling Dikehendaki berada di Malaysia.

Kajian “Net Lag” itu dilakukan pada bulan lepas dengan seramai 7,800 responden di 26 negara mengambil bahagian.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button