AntarabangsaIsu Semasa

Beri Komen Jelik Terhadap Tragedi NZ, Senator Australia “Diajar” Dengan Sebiji Telur

Berikutan serangan pengganas Christchurch yang mengerikan di New Zealand, seorang remaja dipuji oleh para netizen kerana ‘mengajar’ seorang senator berhaluan kanan Australia yang memberikan komen-komen Islamofobia tentang tragedi berkenaan.

Polis Australia berkata mereka sedang menyiasat kejadian terbabit selepas seorang remaja memecahkan telur di atas kepala senator penuh kontroversi, Fraser Anning yang menyalahkan program imigresen New Zealand atas serangan yang berlaku di negara itu.

Rakaman itu, yang dikongsi secara meluas di media sosial, menunjukkan Senator Anning didekati dari belakang pada acara politik pada hari Sabtu di Melbourne, sebelum sebiji telur dipecahkan di atas kepalanya oleh remaja 17 tahun, William Conolly.

Anning kemudian menumbuk Conolly sebagai tindak balas sebelum remaja itu direbahkan oleh orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis.

Keberanian lelaki tersebut menjadi bualan dunia malah ada menggelarnya sebagai ‘Eggboy’ dan ternyata remaja itu kini ‘trending’ di seluruh dunia.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mencadangkan supaya “kuasa undang-undang” digunakan terhadap Anning kerana menumbuk Conolly ketika insiden terbabit.

New Zealand turut mengalu-alukan hukuman terhadap senator Queensland itu apabila kerajaan Australia dan pembangkang tidak bersetuju atas komen melampau yang diberikan.

“Kenyataan jelik Anning tentang serangan pengganas yang mengerikan itu dengan isu imigresen yang berunsur islamofobia, amat keterlaluan dan tidak diterima di Australia,” kata Morrison kepada wartawan pada hari Sabtu.

Image result for egg boy

Sementara itu, satu kempen GoFundMe telah menerima lebih daripada A$19,000 untuk membantu Egg Boy menampung kos undang-undang dan hashtag #EggBoy kini sedang trending di Twitter.

Menteri imigresen Australia di sebuah acara berasingan telah mengumumkan pada hari Sabtu bahawa penceramah konservatif penuh kontroversi Milo Yiannopoulos tidak akan dibenarkan memasuki Australia selepas menggambarkan Islam sebagai agama “biadab” dan “asing”.

“Kenyataan Encik Yiannopoulos di media sosial mengenai serangan pengganas Christchurch sangat mengerikan dan membangkitkan kebencian serta perpecahan,” kata menteri imigresen David Coleman dalam satu kenyataan.

Brenton Harrison Tarrant, 28, yang disyaki seorang pendukung ketuanan orang putih, didakwa melakukan pembunuhan pada hari Sabtu selepas 50 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam kejadian tembak-menembak di dua masjid di New Zealand.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker