Bisnes & Ekonomi

Robert Kuok Masih Dominasi Senarai Individu Terkaya Malaysia

Ahli perniagaan Robert Kuok kekal sebagai lelaki terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.8 bilion (RM52.3 bilion), menurut Forbes Asia.

Dalam satu kenyataan, Forbes berkata Kuok berjaya mengekalkan kedudukan teratasnya, walaupun kekayaannya merosot sebanyak US$2 bilion (RM8.2 bilion).

Menurut Forbes, dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019, 30 hartawan menyaksikan kekayaan mereka merosot sementara 11 orang lagi menikmati keuntungan.

Akibatnya, stok negara turun kerana petunjuk indeks BSKL turun 8% dalam 12 bulan lalu dan ringgit jatuh 3% berbanding dolar AS. Tahun yang penuh kejutan dalam politik negara juga menambah kepada ketidaktentuan saham.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah US$2.2 bilion untuk kekayaannya dan kekal di tangga ke-2 dengan nilai bersih AS$9.4 bilion.

Pengasas Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow memperoleh US$700 juta, naik satu tempat kepada kedudukan ke-3 tahun ini dengan nilai bersih AS$6.7 bilion.

Taikun Ananda Krishnan berada di No. 4 dengan US$6.2 bilion, yang mana nilai bersihnya turun sebanyak AS$900 juta kerana saham dalam perkhidmatan pembekal tenaganya Bumi Armada Bhd jatuh sebanyak 78% pada tahun lalu hingga 1 Mac.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation dan IOI Properties mengambil tempat kelima dalam senarai, kerana kekayaannya jatuh sebanyak AS$200 juta kepada AS$5.4 bilion.

Wong Thean Soon (No. 48) mengalami kerugian terbesar dalam senarai kerana nilai bersihnya menjunam 63% kepada AS$280 juta. Saham syarikatnya My EG Services, yang menawarkan akses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, terjejas selepas pilihan raya tahun lalu berikutan persepsinya dikait rapat dengan kerajaan terdahulu.

Seorang pelabur besar dalam syarikat itu, Norraesah Mohamad, satu-satunya wanita dalam senarai tahun lalu, tidak mendapat tempat dalam senarai tahun ini.

Ahli perniagaan lain yang melihat kejatuhan kekayaan mereka, termasuk Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di No. 12, walaupun kekayaan bernilai AS$200 juta kepada US$1.7 bilion. Saham syarikat berkaitan infrastrukturnya jatuh kerana kajian berterusan mengenai projek-projek infrastruktur mega di Malaysia.

Seorang lagi hartawan yang mengalami kerugian ialah Pengerusi Genting Tan Sri Lim Kok Thay yang berada di No. 7 dengan nilai bersih AS$4.4 bilion. Beliau tergelincir satu tempat dari No 6 tahun lepas, kerana kekayaannya jatuh sebanyak AS$300 juta.

Pendatang baru Abdul Kadier Sahib memasuki senarai untuk kali pertama di No. 49, dengan nilai bersih sebanyak AS$275 juta. Beliau adalah pengarah di Serba Dinamik Holdings Bhd, pembekal perkhidmatan minyak dan gas yang menjadi syarikat tersenarai awam pada tahun 2017 dan menyaksikan sahamnya melonjak.

Pengasas syarikat, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Bin Abdullah (No. 40, US$345 juta), memulakan kerjayanya tahun lalu dan menyaksikan kenaikan bersihnya sebanyak 11% tahun ini.

Terdapat dua orang yang kembali dalam senarai tahun ini. Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group menyertai senarai di No. 35 dengan nilai bersih AS$420 juta manakala Datuk Loh Kian Chong dari Oriental Holdings kembali ke senarai di No. 45 dengan nilai bersih AS$320 juta.

Nilai bersih minimum untuk tersenarai pada tahun ini ialah AS$250 juta, turun dari AS$300 juta untuk tahun lepas.

Robert Kuok (kiri), Quek Leng Chan, Teh Hong Piow and Ananda Krishnan.

10 individu terkaya di Malaysia 2019 adalah:

1) Robert Kuok; US$12.8 billion

2) Quek Leng Chan; US$9.4 billion

3) Teh Hong Piow; US$6.7 billion

4) Ananda Krishnan; US$6.2 billion

5) Lee Shin Cheng; US$5.4 billion

6) Chen Lip Keong; US$5 billion

7) Lim Kok Thay; US$4.4 billion

8) Lau Cho Kun; US$3.4 billion

9) Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng; US$2.6 billion

10) Kuan Kam Hon; US$2.4 billion

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button