Sukan

FAM Bakal Kuatkuasakan Lima Peraturan Baharu Di Padang

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, peraturan baharu itu diperkenalkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) dan wajib diguna pakai oleh semua badan induk bola sepak setiap negara.

Beliau berkata, setakat ini Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum mengeluarkan surat pekeliling berkaitan pelaksanaan peraturan baharu terbabit, namun pihaknya sudah sedia maklum berkaitan perkara terbabit.

Antara lima peraturan baharu yang bakal diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh tiga hingga lima bulan lagi bagi memastikan Liga Malaysia (Liga M) lebih sistematik dan terkawal ialah kad kuning atau merah akan dilayangkan kepada pengurus, barisan kejurulatihan dan pemain simpanan yang berkelakuan tidak senonoh di tepi padang.

Selain itu, jaringan gol yang terhasil walaupun terkena tangan pemain dalam keadaan sengaja atau sebaliknya turut tidak akan dikira.

Manakala benteng sepakan percuma pula hanya boleh dibarisi oleh pemain lawan tanpa diganggu oleh pemain lain lapor HarianMetro.

“Peraturan baharu itu wajib dipraktikkan kepada badan induk bola sepak negara yang bernaung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan kita hanya menunggu surat pekeliling daripada AFC bagi melaksanakannya.

“Namun, perkara itu perlu dilakukan secara berperingkat dengan memastikan pengadil perlu mengetahui secara terperinci peraturan terbabit bagi mengelak masalah lain timbul nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, IFAB yang bersidang awal Mac lalu memutuskan lima peraturan baharu akan diperkenalkan mulai tahun ini khusus bagi menambah baik mutu perlawanan dengan meminimum pembaziran masa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button