Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Bagaimana Mengatasi Loya Bagi Ibu Mengandung

Tidak Semua Ibu Sama

Setiap ibu bakal memiliki pengalaman yang berlainan semasa mengandung. Ada yang loya teruk ada yang sehingga tidak boleh bangun dari katil malah ada yang tidak mahu mendekati suaminya.

Tetapi ada juga yang bernasib baik tidak mengalami rasa loya yang juga dikenali sebagai ‘morning sickness‘ ini.

Waktu loya ketika hamil juga berbeza pada setiap individu walaupun kebanyakan daripada ibu akan mengalami pada sebelah pagi dan pada peringkat awal kehamilan iaitu pada tiga bulan pertamam, tetapi ada juga ibu yang mengalami loya di sebelah malam dan pada penghujung atau pertengahan kehamilan.

Namun persoalannya ialah kalau loya macam mana nak mengatasinya?

Ini dia tips yang mungkin para ibu boleh cuba mana yang sesuai dengan diri anda.

1. Menghidu bau yang segar (bukan parfume) contohnya lemon, minyak angin atau pun balsam panas seperti Vicks.


2. Minum air lemon bersama daun pudina, teh ‘o’ limau atau teh halia.

Sumber Imej : era.je

3. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah dengan lebih kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Cuba makan biskut kraker yang tawar.


4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.


5. Boleh cuba untuk makan oat


6. Cuba minum cuka epal bersama madu sebelum tidur atau pada awal pagi kerana ia menggalakkan peneutralan asid gastrik dalam perut secara semulajadi.


7. Makan vitamin B6 ataupun makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti pisang, ikan, avokado, kekacang dan beras perang.


8. Brokoli sebagai hidangan sayur kerana kandungannya yang ada asid folik boleh meredakan rasa mual ketika hamil.

9. Cuba makan yogurt yang kaya dengan vitamin B12 dan probiotik.


10. Makan buah-buahan seperti kiwi, pisang, epal, pear.


11. Pilih diet protein seperti ikan dan telur kerana ia boleh membantu mengenyangkan perut dan mengelakkan asid perut keluar dengan berlebihan.

 

12.  Cuba elak untuk minum di antara makan.

Bagi bakal ibu dan ayah yang sedang mengalami fasa morning sickness, semoga anda bersabar dan tetap semangat untuk melakukan tugasan harian. Semoga 12 tips ini dapat membantu anda..

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker