Sukan

Zidane & Para Pengurus Pasukan Yang Kembali Mengelola Mantan Kelab

Zinedine Zidane telah dilantik semula sebagai pengurus Real Madrid dengan kontrak tiga tahun setelah Santiago Solari telah dilucutkan jawatannya setelah prestasi Madrid semakin merosot.

Zidane ditawarkan kontrak sehingga Jun 2022, hanya sembilan bulan selepas dia meletak jawatan hujung musim lalu, dia memacu Madrid melakar sejarah tersendiri apabila mengungguli tiga gelaran Liga Juara-Juara.

Pemecatan Solari seperti diduga selepas tiga kekalahan penting di laman sendiri – dua kepada Barcelona dan satu Ajax – sehingga memberi kesan mendalam buat Madrid dengan semuanya seolah-olah berakhir pada pertengahan Mac.

Namun kehadiran semula Zidane, dengan baki 11 perlawanan dalam La Liga dan dengan tiada apa yang hendak dikecapi, adalah sesuatu yang mengejutkan, walaupun sebelum pemergiannya meninggalkan reputasi hebat dengan kejayaan di peringkat Eropah.

“Saya pergi kerana perlu ada perubahan yang harus dilakukan pada penghujung musim lalu, untuk kebaikan semua, selepas mencipta banyak kejayaan,” kata Zidane.

“Saya kembali kerana presiden menghubungi saya. Saya sukakannya dan cinta kelab ini, jadi di sini saya berada.”

Namun Zidane bukan hanya satu-satunya pengurus yang kembali semula berkhidmat kepada kelab yang mereka telah berjaya mengelola. Antara pengurus lain yang kembali ke kelab mereka ialah:-

Jupp Heynckes (Bayern Munich)
1987-1991, 2009, 2011-2013, 2017-2018

Heynckes telah memenangi empat kejuaraan Bundesliga sebagai pengurus Bayern. Yang pertamanya ialah pada tahun 1989 dan paling terbaharu ialah tahun lalu.

Beliau telah meninggalkan Bayern Munich untuk tiga kali selepas berjaya merangkul Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman pada tahun 2013.

Heynckes kembali mengelola Bayern untuk menyelamatkan pasukan tersebut dari krisis 2017 setelah Carlo Ancelotti dipecat.

Kenny Dalglish (Liverpool)
1985-1991, 2011-2012

Mendapat julukan ‘King Kenny’, beliau merupakan pengurus Anfield untuk kali kedua pada tahun 2011 setelah dua dekad berlalu dengan perletakan jawatan penuh emosi.

Dalglish meneruskan the Reds pada Piala Liga 2012 yang merupakan satu-satunya piala mereka pegang sejak 2006 tetapi beliau meninggalkan Liverpool di penghujung musim 2011-2012 setelah Liverpool menghabiskan musim pada tempat ke-8.

Fabio Capello (Real Madrid)
1996-1997, 2006-2007

Capello telah meneraju Real untuk mendapatkan kejuaraan Sepanyol pada musim pertama beliau mengendali musim pertama dan telah mengambil pemain seperti Clarence Seedorf dan Roberto Carlos tetapi malah dia telah disingkirkan sehingga kembali mengelola Real Madrid 10 tahun setelah itu dan membantu Real untuk memenangi La Liga pada tahun 2007 setelah empat tahun penantian tetapi sekali lagi telah dipecat.

Marcello Lippi (Juventus)
1994-1999, 2001-2004

Lippi telah memenangi tiga kejuaraan Serie A dan satu-satunya Juara Liga Juara-Juara dalam sejarah Juventus pada tahun 1990an sebelum meninggalkan pasukan ini dan bergabung dengan pihak lawan yang lebih besar iaitu Inter Milan.

Walau bagaimanapun ia tidak mengambil masa yang lama setelah Lippi dipecat oleh Inter dan digantikan oleh Carlo Ancelotti dan Lippi pun kembali ke Juventus sehingga memasuki final Liga Juara-Juara pada tahun 2003 tetapi kalah kepada AC Milan dengan tendangan penalti.

Matt Busby (Manchester United)
1945-1969, 1970-71

Busby merupakan antara pengurus yang tersohor satu ketika dahulu setelah terselamat dari kemalangan udara tragik di Munich pada tahun 1958 dan membantu United menjadi pasukan Inggeris pertama untuk memenangi Piala Eropah 10 tahun setelah itu.

Beliau bersara pada musim seterusnya tetapi kembali semuka ke Old Trafford setelah pemecatan Wild McGuinness.

Jose Mourinho (Chelsea)
2004-2007, 2013-2015

Mourinho telah memenangi tiga piala dalam tiga musim permainan semasa mengelolakan Chelsea dan kembali mengurus pasukan ini setelah mendapat sokongan dari para peminat yang memberi julukan “the happy one” (sang gembira).

Mourinho telah memenangi Liga Premier dalam musim keduanya setelah kembali ke Chelsea tetapi telah dipecat untuk kali kedua setelah permulaan yang menjunam untuk the Blues pada tahun 2015.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker