Teknologi

Ugutan Oleh Penjenayah Siber Hanya Rekaan Atau Boleh Terjadi?

Penipuan alam maya semakin berleluasa kebelakangan ini dengan peningkatan hampir tiga kali ganda dari tahun 2017 (17 kes) menjadi 46 kes pada tahun 2018.

Pada awal tahun ini sahaja hangat apabila isu kebocoran data lebih dari 1 juta pelajar UiTM dan alumninya.

Walaupun tahap keselamatan ICT UiTM diyakini adalah setaraf dengan badan dan organisasi lain di Malaysia, ini dibuktikan dengan penerimaan pensijilan ISMS (Information Security Management System) ISO 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Berhad pada 14 Januari yang lalu tetapi dakwaan kebocoran data tetap terjadi.

Sama ada ia betul atau tidak, mereka masih melakukan siasatan terhadap dakwaan ini.

Tetapi apa yang lebih menakutkan ialah data peribadi seperti kata laluan untuk alamat e-mel ataupun perbankan diketahui oleh penggodam seperti yang berlaku pada hujung tahun lalu di mana beberapa pemilik akaun CIMB telah mendapati wang mereka diambil melalui transaksi yang tidak dikenali.

 

Ugutan E-mel Oleh Penjenayah Siber

Terbaharu ialah ‘blackmail’ atau ugutan e-mel yang mengetahui password pemilik akaun dan mengugut untuk menyebarkan laman lucah yang mereka telah layari untuk disebarkan kepada kenalan termasuklah rakaman melalui kamera web sebagai bukti mereka telah melakukan perkara tersebut.

Penggodam tersebut mendakwa telah memasang malware ke dalam laman lucah yang dipercayai telah dilawati oleh mangsa dan melalui malware ini juga penggodam ini mendapatkan laluan ke atas komputer dan kamera web mangsa.

Daripada situ juga penggodam itu mendakwa bahawa dia telah mengambil data rakan-rakan mangsa melalui e-mel dan laman sosial.

Penggodam ini menggugut untuk membayarnya USD$888 (RM3,615) dalam bentuk Bitcoins dan dengan nada sinis untuk ‘Google’ bagi mendapatkan maklumat bagaimana melakukan transaksi tersebut.

Namun bagi penerima e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali dengan nama Emilia, dia tahu dan yakin bahawa dia tidak pernah melayari laman web lucah kerana ia merupakan komputer pejabat yang hanya digunakan semasa bekerja.

Emilia yakin bahawa “video” yang penggodam itu miliki adalah palsu dan telah melaporkan perkara tersebut ke CyberSecurity Malaysia (CSM) tetapi apa yang merisaukan dirinya sehingga sukar untuk tidur malam ialah bagaimana penggodam itu mengetahui kata laluannya itu.

Untuk keselamatan dirinya, Emilia telah menukarkan semua kata laluan yang lama menjadi baharu.

 

Hanya Rekaan Sang Penggodam Atau Betul-Betul Terjadi?

Bagi yang merasakan perkara ini yang didakwa penggodam adalah hanya rekaan semata-mata, tetapi menurut CSM ianya sebenarnya boleh terjadi.

Namun melalui penyiasatan CSM, selalunya penjenayah siber ini selalunya menipu dan tidak melakukan perkara yang diwar-warkan itu.

CSM menasihatkan mangsa untuk mengabaikan e-mel seperti ini kerana penggodam ini sebenarnya hanya mencuba nasib merompak wang mangsa.

Walau bagaimanapun untuk keselamatan semua, adalah perlu untuk setiap alat elektronik diimbas menggunakan perisian anti-virus bagi memastikan alat elektronik tersebut bersih dan dikemaskini.

 

Bagaimana Penggodam Tahu Kata Laluan Mangsa?

Bagi menjawab tentang bagaimana penjenyah siber ini mengetahui sebahagian kata laluan mangsa ialah dengan melakukan teknik kejuruteraan sosial dan menekanya dengan melihat perkara yang dimasukkan dalam laman sosial untuk tontonan umum.

CSM berkata peningkatan jenayah sejak kebelakangan ini adalah kerana alamat e-mel pada masa kini sudah tersedia dengan mudah di atas talian, ia memudahkan penjenayah ini mendapatkan mangsa mereka.

 

6 Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jenayah

CSM memberi beberapa tips untuk mengelak daripada menjadi mangsa jenayah ini.

1. Jangan buka dokumen yang dilampirkan bersama dalam e-mel dari yang tidak dikenali
2. Imbas dokumen lampiran yang diterima sebelum membukanya
3. Imbas alat elektronik anda menggunakan antivirus dan anti-spyware
4. Matikan dan tutup kamera web jika tidak digunakan
5. Lapor kepada CyberSecurity Malaysia jika menerima ancaman siber atau layari laman web mereka.
6. Sentiasa mengemaskini alat elektronik untuk mendapatkan perlindungan yang terkini.

 

Hati-hati Dengan WiFi Percuma

Selain daripada itu bagi orang yang suka menggunakan wi-fi awam yang percuma, anda perlu lebih berhati-hati kerana penjenayah siber boleh mengambil data anda dengan meniru WiFi yang sebenar.

Ia dibincangkan dalam sebuah video keluaran Channel News Asia di mana seorang pakar siber telah berjaya mewujudkan kembar WiFi Lapangan Terbang Changi dan menggodam orang yang melayari internet menggunakan WiFi tiruan ini.

Penjenayah ini juga boleh menyalurkan laman web tiruan kepada si pengguna seperti laman web perbankan tiruan yang mana mereka boleh dapatkan data anda jika anda tidak sedar bahawa anda telah melayari laman web tiruan dan memasukkan kata laluan ke dalam laman tersebut.

CSM berkata walaupun perkara ini belum lagi berlaku di Malaysia tetapi kita perlu berhati-hati.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker