SukanTeknologi

AS$2 Juta Hadiah Terkumpul Dalam PUBG Mobile Club Open 2019

Dalam kehangatan kejohanan e-sukan seperti Fornite dan Apex Legends, PUBG (PlayerUnknown’s Battleground) juga tidak ketinggalan dengan mengadakan satu lagi kejohanan permainan ‘battle-royale’.

Pada 8 Mac yang lalu, PUBG Corporation telah mengumumkan kejohanan rasmi untuk PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Club Open 2019.

Ia merupakan kejohanan yang mempertandingkan pasukan dari 10 benua untuk merebut hadiah terkumpul sehingga AS$2,000,000 (RM8 juta).

Kejohanan ini merupakan kejohanan terbuka kepada semua dengan beberapa syarat yang dinyatakan;

  • Pemain mesti berumur 16 tahun keatas dan peserta bawah 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran penjaga atau ibu bapa.
  • 3 daripada 5 (1 pemain gantian) di dalam pasukan mesti berasal daripada benua yang dipertandingkan.
  • Kesemua pemain mesti mempunyai sekurang-kurangnya ranked Platinum semasa pendaftaran.

Berikut merupakan cara-cara untuk anda menyertai kejohanan ini;

  • Daftar pasukan anda di laman rasmi kejohanan
  • Pastikan pasukan (crew) anda dicipta di dalam PUBG Mobile menggunakan nama pasukan yang didaftarkan
  • Sertai Crew Challenge di bahagian TPP Mode di dalam PUBG Mobile
  • Pasukan anda perlu bermain sekurang-kurangnya 4 perlawanan semasa pusingan kelayakan (22 hingga 31 Mac ini) secara dalam talian. Keputusan ini akan menentukan 12 pasukan yang layak untuk pusingan kelayakan luar talian.
  • Pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan luar talian bertanding di peringkat Club Open 2019.

Turut dinyatakan, PUBG Corporation akan membahagikan kejohanan ini kepada 2 bahagian; Spring Split dan Fall Split.

Spring Split akan di akan pada 8 Mac hingga 18 Mac manakala Fall Split bakal bermula bulan Ogos nanti.

Pemain yang ingin mendaftar atau mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kejohanan, anda boleh melayari PUBGMobile.com – Club Open.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker