Isu SemasaSains

5 Sebab Mengapa Tenggiling Merupakan Mamalia Paling Diperdagangkan Di Dunia

Terdapat Sindiket Ini Di Malaysia!

Pada awal Februari yang lalu sebuah sindiket penyeludupan dan pemprosesan daging dan kulit tenggiling yang berselindung di dalam kilang dan gudang di Tuaran dan Sepanggar, sejak tujuh tahun lalu akhirnya tumpas selepas diserbu polis dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersama pegawai dari JHL Sabah menemui puluhan ekor tenggiling hidup, ratusan ekor tenggiling beku, sisik tenggiling dan ribuan kotak berisi daging tenggiling yang dianggarkan bernilai RM8.4 juta.

 

Warga Tempatan Disebaliknya?

“Hasil intipan dan serbuan itu, menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun di dalam kilang itu dan pemeriksaan menemui daging-daging haiwan yang siap diproses dan dibeku dipercayai daging tenggiling di dalam enam peti sejuk beku.

“Turut ditemui beberapa ekor tenggiling yang masih hidup di dalam bekas sangkar serta 10 guni yang berisi kulit tenggiling.

“Seterusnya pemeriksaan dalam kereta Proton Pesona turut menemui 35 ekor tenggiling yang masih hidup di belakang bonet kereta dan dua guni plastik berisi sisik tenggiling dan alat penimbang digital,” katanya.

 

Dahulunya Bukan Haiwan Dilindungi Kini..

Status tenggiling Sunda kini telah dinaikkan iaitu diklasifikasikan sebagai haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Sabah, dan berada di bawah kumpulan sama bagi Orangutan, beruang Sun Bear dan beberapa spesies ikon lain yang terdapat di negeri ini.

Ini bermakna ia dilarang bagi aktiviti memburu, memakan atau menjual tenggiling atau bahagian anggotanya dan pesalah boleh dikenakan denda maksimum seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

 

Amaran Kepupusan Dikeluarkan

Anti-perdagangan haiwan telah memberi amaran global bahawa terdapat peningkatan yang meningkat secara mendadak sehingga lapan spesies tenggiling sudah hampir pupus.

Malahan ia kini dikategorikan sebagai mamalia paling banyak diperdagangkan dunia.

 

Mengapa Tenggiling Mendapat Permintaan Ramai?

Kebanyakan permintaan tenggiling ini adalah kerana daging dan sisiknya yang dipercayai mempunyai nilai yang tinggi.

1. Sisik Tenggiling
Sisik tenggiling dipercayai memiliki kelebihan untuk membantu kesihatan manusia. Ia dipercayai boleh meningkatkan susu ibu, mengeringkan nanah, memulihkan penyakit kulit dan penyakit yang tidak boleh mengawal tubuh badan.

Apa yang lebih mengejutkan pada tahun 2015, sisik tenggiling ini merupakan salah satu perubatan tradisional yang dilindungi oleh insurans perubatan di Vietnam.

2. Daging Tenggiling
Di China dan Vietnam ia merupakan daging termahal yang dipercayai memiliki kelebihan nutrisi yang bagus khususnya untuk buah pinggang.

Oleh sebab daging tenggiling sangat mahal, orang kaya di negara tersebut akan memesan daging tenggiling untuk menunjukkan “kemewahan” yang mereka miliki.

Terdapat juga dakwaan bahawa dagingnya ini mampu menguatkan tenaga syahwat lelaki serta memanaskan suhu badan.

3. Minuman ‘wine’ tenggiling
Ia terhasil daripada air rebusan tenggiling bayi yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit kulit dan memperbaiki pernafasan.

4. Darah tenggiling
Juga dipercayai menyembuhkan penyakit kulit dan memperbaiki pernafasan.

5. Kuli tenggiling
Kulitnya dijadikan barangan kasut, beg dan tali pinggang.

Faedah Yang Tiada Bukti Kebenarannya

Semua “faedah” yang dikatakan terdapat pada tenggiling ini sebenarnya tahap keberkesanannya tiada bukti saintifik tetapi tetap orang mahu mencuba dan mendapatkan permintaan yang tinggi.

Menurut statistik, dalam masa lima tahun yang terakhir rampasan sisik tenggiling telah meningkat dua kali ganda setiap tahun.

 

Pemburu Tenggiling Masih Degil

Ironisnya menerusi artikel The New York Times, salah seorang pemburu haiwan eksotik ini mengakui bahawa haiwan ini semakin pupus tetapi mereka tetap tidak mahu meninggalkan pekerjaan ini kerana ia menghasilkan wang yang menguntungkan.

Di Malaysia, setelah tenggiling diletakkan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, penjenayah yang ditangkap boleh didenda dari RM50,000 sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya.

Pembinaan Pusat Perlindungan Tenggling Malaysia Di Sabah

Timbalan Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata mereka sedang dalam perancangan untuk membina tempat perlindungan Tenggiling Sabah yang telah dicadangkan oleh seorang pesara kelahiran Malaysia tetapi bekerja di Amerika Syarikat sebagai jurutera.

Peter Chan yang ingin membuka tempat perlindungan ini sudah memiliki pusat konservasi tenggiling di Amerika Syarikat dan mahu ia juga didirikan di Sabah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker