AntarabangsaIsu Semasa

Kenapa AS Nak Halang Turki Beli Senjata Canggih S-400 Rusia?

Amerika Syarikat (AS) telah memberi amaran kepada Turki agar tidak meneruskan rancangan untuk membeli sistem pertahanan peluru berpandu canggih buatan Rusia, S-400.

Difahamkan, amarant tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS, dan Pentagon juga amat bimbang dengan sistem itu kerana melihatnya sebagai ‘ancaman’ ke atas jet pejuang F-35 milik AS.

“Kita telah secara jelas memberi amaran kepada Turki bahawa tindakannya membeli S-400 akan membawa kepada penilaian semula penglibatan Turki dalam program F-35, dan berisiko menjejaskan peluang perjanjian senjata (di antara Turki-AS) pada masa akan datang,” kata jurucakap jabatan tersebut, Robert Palladino pada Selasa.

Memetik laporan Al-Jazeera, AS telah bersetuju untuk menjual 100 buah jet pejuang generasi kelimanya, F-35 kepada Turki.

Setakat ini, Washington telah menghantar dua buah pesawat itu kepada Ankara, tetapi Kongres pada tahun lepas mengarahkan agar penghantaran pada masa akan datang “dilewatkan.”

Negara-negara di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Рterutamanya AS Рberpandangan bahawa pembelian senjata S-400 oleh Turki mendatangkan keraguan.

Menurut Turki pula, ia memerlukan “sistem pertahanan peluru berpandu alternatif” untuk menangani ancaman-ancaman serantau.

Disebabkan keupayaan S-400 yang luar biasa, negara-negara seperti China, Arab Saudi, Turki, India, dan Qatar juga meluahkan minat untuk membeli senjata itu.

S-400 diakatakan mampu mengesan banyak sasaran pada satu-satu masa, termasuk sasaran ‘halimunan’ seperti pesawat tempur F-35 milik AS.

Selain itu, senjata berkenaan juga boleh digerakkan ke mana-mana sahaja dengan mudah. Ini bermakna, ia boleh dipasang, melancarkan serangan, dan kemudian dialihkan dalam tempoh yang singkat.

Namun, negara-negara yang berhasrat untuk memiliki S-400 menerima ancaman diplomatik oleh AS dan anggota-anggota NATO yang lain.

Sumber: Al-Jazeera

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker