AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Kerana Satu Tindakan Presiden Algeria Ini, Ribuan Rakyat ‘Mengamuk’ Di Jalanan

Parti politik Islam terbesar di Algeria, Movement of Society for Peace (MSP), mengancam untuk menarik diri daripada pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada bulan April sekiranya Presiden Abdelaziz Bouteflika mahu bertanding buat penggal kelima.

Parti itu turut menggesa pihak berkuasa politik Algeria untuk memberi respon terhadap permintaan orang ramai. Pada 1 Mac 2019, ribuan rakyat telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama ibu negara bagi membantah hasrat presiden yang masih mahu bertanding.

Malah menurut penunjuk perasaan, protes itu bukan sahaja untuk membantah Bouteflika, tetapi juga ‘sistem’ secara keseluruhannya.

Pada Ahad, 3 Mac 2019, 145 anggota Majlis Syura parti tersebut telah menyokong keputusan untuk menarik diri daripada bertanding, manakala 97 anggota lagi tidak bersetuju.

Anggota-anggota yang menyokong penarikan diri MSP daripada pemilihan tahun ini menjelaskan bahawa langkah tersebut diambil selaras dengan hasrat rakyat yang telah membantah pencalonan Presiden Bouteflika.

Sementara itu, pemimpin parti pemerintah, National Liberation Front, Ali Fenflis turut mengumumkan akan menarik diri daripada pilihan raya, kerana “keadaan politik semasa di negara itu tidak membolehkan beliau untuk bertanding.”

Bukan itu sahaja, malah calon bebas, Ghani Mahdi berkata bahawa beliau juga menarik diri secara rasmi atas sebab “birokrasi” dan “kekurangan dokumen-dokumen yang diperlukan.”

Bulan lepas, National Liberation Front menamakan Bouteflika, 81, yang telah memerintah Algeria sejak tahun 1999, sebagai caon presiden buat penggal kelima.

Pemimpin-pemimpin pembangkang juga secara berulang kali menggesa presiden yang sudah berusia itu agar tidak memerintah lagi.

Sumber: The Peninsular Qatar

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button