Gaya HidupKesihatan

4 Punca Wanita Lebih Cenderung Alami Kemurungan

Wanita hampir dua kali lebih cenderung untuk didiagnosis dengan kemurungan berbanding lelaki dan ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Sesetengah perubahan mood dan perasaan tertekan berlaku kerana perubahan hormon  tetapi perubahan hormon bukanlah punca utama kemurungan.

Faktor biologi yang lain, sifat yang diwarisi, dan keadaan kehidupan dan pengalaman peribadi, dikaitkan dengan risiko kemurungan yang lebih tinggi. Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemurungan untuk kaum wanita:

1. Akil baligh

Perubahan hormon semasa akil baligh boleh meningkatkan risiko beberapa wanita mengalami kemurungan. Walau bagaimanapun, perubahan mood sementara yang berkaitan dengan hormon yang berubah-ubah semasa akil baligh adalah normal – perubahan ini sahaja tidak menyebabkan kemurungan.

Akil baligh sering dikaitkan dengan pengalaman lain yang dapat memainkan peranan dalam kemurungan, seperti:

  • Masalah seksualiti dan identiti yang muncul
  • Konflik dengan ibu bapa
  • Peningkatan tekanan untuk berjaya di sekolah, sukan atau bidang kehidupan yang lain

Selepas akil baligh, kadar kemurungan lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. Kerana kanak-kanak perempuan biasanya mencapai akil baligh sebelum kanak-kanak lelaki, mereka lebih cenderung untuk mengalami kemurungan pada usia yang lebih awal daripada lelaki.

2. Masalah pramenstruasi

Related imageBagi kebanyakan wanita dengan sindrom pramenstruasi (PMS), gejala seperti perut kembung, sakit pada payudara, sakit kepala, kebimbangan, kerengsaan dan mengalami kesedihan adalah masalah kecil dan sementara.

Tetapi sebilangan kecil wanita mempunyai gejala yang teruk dan mengganggu rutin kehidupan seharian mereka. Pada ketika itu, PMS berubah menjadi “dysphoric premenstrual” (PMDD) – sejenis kemurungan yang biasanya memerlukan rawatan.

Bagaimanapun, hubungan antara kemurungan dan PMS tetap tidak jelas. Ada kemungkinan bahawa perubahan kitaran dalam estrogen, progesteron dan hormon lain, boleh mengganggu fungsi kimia otak seperti serotonin yang berfungsi mengawal mood.

3. Kehamilan

Perubahan hormon dramatik berlaku semasa kehamilan dan ini boleh menjejaskan mood.

Isu-isu lain juga boleh meningkatkan risiko mengalami kemurungan semasa kehamilan atau semasa percubaan untuk hamil, seperti:

  • Perubahan gaya hidup atau kerja, atau tekanan hidup yang lain
  • Masalah hubungan suami isteri
  • Episod awal kemurungan, kemurungan selepas bersalin atau PMDD
  • Kurang sokongan sosial
  • Kehamilan yang tidak diingini atau tidak dirancang
  • Keguguran
  • Kemandulan
  • Pemberhentian penggunaan ubat antidepresan

4. Kemurungan selepas bersalin

Image result for depressionRamai ibu baru mendapati diri mereka sedih, marah dan bengis selepas melahirkan anak. Perasaan ini adalah normal dan umumnya akan hilang dalam masa satu atau dua minggu.

Tetapi perasaan yang lebih serius atau bertahan lebih lama mungkin menunjukkan kemurungan selepas bersalin, terutama jika tanda-tanda dan gejala termasuk:

  • Kurang keyakinan diri atau berasa seperti anda seorang ibu yang tidak baik
  • Kebimbangan atau rasa kosong
  • Masalah tidur, walaupun bayi anda sedang tidur
  • Masalah dengan rutin harian
  • Ketidakupayaan untuk menjaga bayi
  • Perasaan ingin mencederakan bayi
  • Perasaan ingin bunuh diri

Kemurungan selepas bersalin adalah keadaan perubatan yang serius yang memerlukan rawatan segera. Ia berlaku pada kira-kira 10-15% wanita. Ia sering berlaku kerana:

  • Fluktuasi hormon utama yang mempengaruhi mood
  • Tanggungjawab menjaga bayi yang baru lahir
  • Komplikasi kelahiran
  • Masalah menyusu
  • Komplikasi bayi atau keperluan khas
  • Sokongan sosial yang buruk
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker