Bisnes & Ekonomi

Usahawan Sosial Ini Membantu Petani Myanmar Mendapatkan Teknologi Pertanian Terkini

Dalam membantu masyarakat miskin di Myanmar, sebuah syarikat mengambil inisiatif untuk memberi pinjaman kewangan kepada para petani supaya meningkatkan pengeluaran mereka dengan teknologi mengikut kesesuaian masing-masing.

Satu Pertiga Penduduk Myanmar Adalah Petani

Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 di daerah komersial Yangon memfokuskan pertanian kerana dua pertiga dari populasi Myanmar bergantung kepadanya untuk menyara hidup mereka.

Proximity Designs bukan sahaja memberi bantuan pinjaman kewangan tetapi mereka juga memberi pinjaman tanaman selain nasihat dan produk bersesuaian dengan pengairan ladang petani tersebut.

Pelanggan mereka juga bukan hanya daripada orang Myanmar tetapi tersebar di seluruh Asia Tenggara dengan 200,000 pelanggan.

“Ia adalah untuk memberi peluang kemajuan kepada petani kecil dengan ilmu, teknologi dan modal,” kata Ben Warren, ketua strategi dan kewangan Proximity.

 

Myanmar Sedang Bangkit

“Myanmar merupakan sebuah negara tertutup untuk jangka masa yang panjang, ia adalah sukar bagi para petani untuk mendapatkan peluang sebegini. Walaupun kini mereka memiliki jalan yang lebih baik tetapi tidak banyak produk untuk memajukan pertanian sampai ke tangan mereka.”

Myanmar sedang bangkit setelah hampir setengah dekad dibawah pemerintahan ketenteraan. Oleh itu membantu petani mereka memerlukan konteks pemahaman yang mendalam di samping memiliki empati dan kreativiti kata Warren kepada Thomson Reuters Foundation.

 

Myanmar Salah Satu Negara Dengan Perairan Yang Tidak Baik

Di Myanmar, para petani bergantung kepada hujan monsun dan negara ini merupakan salah satu negara dengan perairan yang terendah di Asia oleh itu Proximity telah merekacipta beberapa produk untuk menangani masalah ini. Antaranya ialah penitis dan pemercik air serta pam yang dijana menggunakan tenaga matahari untuk membantu hasil pertanian sebanyak satu pertiga.

Perniagaan Sosial Untuk Membantu Rakyat Kecil Bergerak

Perniagaan seperti Proximity ini yang memiliki tujuan sosial yang mahu membantu komuniti kecil dan mengurangkan jurang kemiskinan semakin berleluasa di Asia Tenggara.

Syarikat ini mula memberi pinjaman mikro kepada para petani setelah Taufan Nargis melanda negara Myanmar pada tahun 2008 yang menyebabkan 140,000 orang terbunuh dan menjejaskan 2.4 juta penduduk.

 

Pinjaman Mikro Pada Musim Kering

Sejak dua tahun yang lalu pula, berdasarkan maklum balas pelanggan mereka, Proximity kini telah memulakan pinjaman “on-the-go” (di mana sahaja) untuk membantu keluarga semasa musim kering dari bulan November sehingga April di mana para lelaki akan berpindah ke bandar untuk mencari pekerjaan di kilang atau menjadi pekerja buruh.

Pinjaman sebanyak 200,000 kyat (RM538.12) dapat membantu keluarga di perkampungan sehingga mereka menerima wang dari ahli keluarga yang bekerja di bandar dan pinjaman ini juga dapat membantu mereka yang dalam perjalanan ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Penghijrahan bermusim ini adalah kejadian tahunan yang hampir setiap keluarga di kampung akan melakukannya. Oleh itu dengan pinjaman mudah dari sumber yang boleh dipercayai ini membolehkan mereka meminjam tanpa rasa takut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker