Sukan

Perak Ingin Menerajui E-Sukan Negara Menerusi EPIC 2019

E-sukan bukan sahaja sekadar permainan video, malah ia berpontensi menjadi sub-sektor ekonomi negara dengan menjanjikan pulangan yang menarik kepada atlet, pelatih dan penganjur.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata Esports Industry Professional Conference (EPIC) 2019 yang diadakan buat pertama kali mampu menjadi rangsangan yang besar buat sukan ini.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Perak telah melaburkan masa dan sumber untuk menjayakan EPIC 2019 dan memastikan negeri itu menjadi peneraju utama e-sukan di Malaysia.

“EPIC 2019 mengumpulkan individu di dalam industri, agensi kerajaan, institusi dan atlet e-sukan di dalam satu platform untuk membina pembangunan e-sukan yang mampu menjana ekonomi di Perak di masa hadapan,” tambah beliau.

Persidangan dua hari yang bertemakan “More Than Gaming” tersebut juga membincangkan beberapa topik bersama 21 panel, berkaitan industri e-sukan termasuklah pembangunan, ekosistem dan ekonomi.

Ketika persidangan itu, empat permainan video dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM13,000 turut dipertandingkan.

Permainan-permainan berkenaan adalah DOTA 2 untuk PC, FIFA 19 untuk konsol dan dua permainan untuk telefon pintar, Mobile Legends dan PUBG.

Di dalam EPIC 2019, Pemain DOTA 2 profesional negara, Yeik Nai Zheng atau lebih dikenali sebagai MidOne telah dilantik menjadi ikon e-sukan Perak untuk 2019.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button