AntarabangsaIsu Semasa

Walaupun Dibantah Pakar Dan Aktivis, Parlimen Thai Tetap Lulus Undang-Undang Siber Berkontroversi

Parlimen Thailand pada Khamis, 28 Februari 2019 telah meluluskan sebuah undang-undang siber berkontroversi yang akan memberi kuasa lebih luas kepada kerajaan untuk mengawal selia maklumat serta alat peranti elektronik.

Undang-undang baru ini bertujuan untuk membendung penggodaman laman sesawang dan pangkalan data kerajaan.

Pegawai-pegawai kerajaan kini mempunyai kuasa untuk mengakses maklumat daripada sesiapa sahaja, dan juga boleh merampas dan memegang selama 30 hari mana-mana komputer serta alat peranti elektronik lain yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah siber.

Bukan itu sahaja, malah pihak berkuasa juga boleh menyerbu, merampas, dan mendapatkan salinan maklumat di atas talian tanpa memerlukan waran mahkamah.

Sekiranya sesiapa dikenakan tindakan sedemikian, individu tersebut tidak oleh membuat sebarang rayuan.

Memetik laporan media antarabangsa, undang-undang ini tetap diluluskan walaupun mendapat bantahan hebat daripada pakar undang-undang serta aktivis.

“Tiada definisi jelas tentang apa yang dimaksudkan sebagai ancaman kepada keselamatan siber, dan pihak berkuasa juga tidak boleh dikawalselia/disiasat dan dipertanggungjawabkan,” kata Anusorm Tamajai, seorang dekan di Rangsit University.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi tempatan, iLaw menyifatkan undang-undang baru berkenaan sebagai “online martial law” memandangkan ia memberi kuasa yang terlalu besar kepada kerajaan untuk mengawal selia maklumat dan alat peranti elektronik.

Difahamkan, kegiatan menggodam yang dilakukan oleh puak anti-kerajaan sering kali berlaku di Thailand, di mana kali terakhir ia terjadi adalah pada tahun 2016.

Thailand juga sudah mempunyai undang-undang komputer yang ketat. Sesiapa yang disabitkan bersalah melakukan penyebaran berita palsu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sumber: Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close