Isu SemasaSains

Lenyapnya Serangga Di Muka Bumi Bakal Membawa Padah Kepada Manusia?

Dalam banyak-banyak hidupan alam di dunia ini, kita manusia sentiasa mengabaikan hidupan ciptaan Tuhan yang satu ini… iaitu serangga.

Walhal serangga merupakan hidupan yang penting di muka bumi kerana dalam kitaran hidup sesebuah habitat, serangga memainkan peranan penting sebagai sumber makanan untuk haiwan lain dan bagi manusia, ia  penting sebagai agen pendebungaan untuk tumbuhan seperti koko, kopi, ceri, almond yang menghasilkan makanan seharian kita.

Serangga membantu menyebarkan debunga kecil

41% Serangga Sudah Pun Tiada Di Muka Bumi

Menurut sebuah kajian yang telah mengambil kira 70 set data di hampir seluruh dunia, kita sedang menyaksikan kepupusan serangga pada kadar yang sangat tinggi di muka bumi ini sejak zaman akhir Permian (252 juta tahun yang lalu – 90% kehidupan bumi telah tiada) dan zaman Cretaceous (66 juta tahun lalu – zaman kehidupan dinosaur).

“Kami menganggarkan jumlah spesies yang ada sekarang telah menurun sebanyak 41% – Ianya dua kali ganda lebih tinggi berbanding haiwan vertebrata (bertulang belakang) yang lain,” kata Francisco Sanchez-ayo dari Universiti of Sydney dan Kris Wyckhuys dari University of Queensland.

 

3/4 Serangga Di Ancam Kepupusan

“Buat masa ini, tiga perempat daripada spesies serangga ini diancam kepupusan,” tambah mereka lagi.

Dengan kadar penurunan drastik serangga di muka bumi ini sejak tahun 1970, kita melihat 60% daripada haiwan mamalia, burung, ikan dan reptilia turut lenyap dari muka bumi.

Haiwan pemakan serangga

Faktor Penyebab Kepupusan Serangga

Kajian yang bakal diterbitkan di Biological Conversation pada bulan April ini juga mengatakan kita manusia yang perlu menukar cara kita menghasilkan makanan kita kerana dengan penggunaan pestisid (racun serangga) yang berleluasa, tiada serangga yang boleh hidup.

Baru-baru ini mereka telah mendapati kebanyakan burung di Perancis telah didapati mengandungi racun serangga akibat daripada penggunaannya di ladang gandum, barli, jagung dan anggur.

Secara umumnya juga, perubahan habitat kehidupan hasil penyingkiran hutan menjadi bandar baharu, perubahan daripada hutan menjadi ladang, serta pencemaran – semua ini menyumbang kepada kadar kepupusan serangga.

Pakar telah menganggarkan bahawa serangga terbang melintasi Eropah telah berkurangan sebanyak 80% secara purata yang menunjukkan bahawa 400 juta ekor burung telah berkurangan sejak 30 tahun lalu.

Dalam jangka masa panjang, saintis juga khuwatir dengan pemanasan global, ia akan menjadi salah satu faktor penyumbang terhadap kepupusan serangga di Bumi.

Setakat data yang terkumpul, satu daripada enam spesies lebah telah didapati lenyap manakala kumbang najis yang bantu menyingkir najis buangan haiwan secara semulajadi juga didapati menurun sebanyak 60%.

kumbang najis mengambil nutrisi dari najis

Britain Dilihat Mengalami Kadar Penurunan Tertinggi

Dilihat dari keseluruhan data yang terkumpul, 60% kumpulan serangga di Britain dilihat semakin berkurangan diikuti oleh Utara Amerika sebanyak 51% dan benua Eropah memiliki penurunan sebanyak 44%.

 

Peningkatan Serangga Berbahaya

Walau bagaimanapun, ironiknya serangga yang memberi kemudaratan bagi manusia seperti nyamuk pula semakin merebak dan meningkat dikalangan negara yang memiliki penyakit tersebut.

Serangga ini didapati telah berasimilasi dengan persekitaran manusia dan tersebar melalui aktiviti manusia.

 

Cara Membantu Menambahkan Populasi Serangga Baik

Menurut saintis dan para pencinta alam, dengan mengembalikan habitat hutan dan pengurangan drastik penggunaan racun serangga serta baja kimia, ia boleh membantu menambahkan populasi serangga semula.

Selain daripada itu, dengan membeli makanan organik serta mendesak gerakan politik untuk mengurangkan penggunaan racun serangga di ladang ternakan boleh memacu semula pertumbuhan populasi serangga.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker